FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Faculty of Islamic Studies

كلية الدراسات الإسلامية

Senarai Kursus Prasiswazah
Unit Bahasa Arab

Kursus ini membimbing pelajar mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk komunikasi harian. Pelajar mampu berkomunikasi, berinteraksi dan bertukar maklumat peribadi dengan rakan, guru dan penutur asli sama ada secara terus atau melalui media sosial. Pelajar mampu menggunakan bahasa Arab dalam aktiviti harian. Pelajar dibimbing untuk meningkatkan kecekapan morfologi dan sintaks bagi membantu komunikasi. Kursus ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan memanfaatkan internet bagi menyokong kemahiran bahasa Arab pelajar.

Kursus ini membimbing pelajar membaca, mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk keperluan akademik. Pelajar dibimbing menganalisa teks moden dari aspek kandungan dan bahasa. Pelajar dibimbing untuk membincang, mengulas dan meringkaskan bahan pengajian bertulis atau audio visual. Pelajar dibimbing untuk memantapkan kecekapan morfologi dan sintaksis serta menggunakan kamus bagi menyokong kemahiran bahasa. Kursus ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan memanfaatkan sumber internet bagi menyokong kemahiran bahasa Arab yang diperlukan untuk menguasai pengajian Islam.

Kursus ini membimbing pelajar membaca, mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk keperluan akademik dan membuat pembentangan ilmiah. Pelajar dibimbing menganalisa teks moden dan klasik dari aspek kandungan dan bahasa. Pelajar dibimbing untuk membincangkan dan menilai bahan pengajian yang bertulis dan audio visual. Pelajar juga dilatih untuk bersoal-jawab, berhujah dan membuat pembentangan di hadapan khalayak. Pelajar didedahkan kepada penggunaan kamus klasik dan memanfaatkan sumber internet bagi menyokong keperluan akademik dalam pengajian Islam. Kursus ini menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar untuk membina kemahiran akademik pelajar dalam pengajian Islam.

Kursus ini membimbing pelajar membaca, mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa Arab secara praktikal untuk keperluan kerjaya dengan menumpukan kepada petuturan dan penulisan. Pelajar dilatih menggunakan bahasa Arab dalam aspek pentadbiran dan pengurusan mengikut keperluan kerjaya dan merentas bidang. Ini meliputi kemahiran temuduga, surat-menyurat, pembentangan profail organisasi, pengantaraan bahasa, khidmat pelanggan, pengurusan majlis, panggilan telefon, perundingan dan pelaporan. Pelajar dibimbing untuk menggunakan sumber internet bagi tujuan memantapkan kecekapan dalam urusan kerjaya.