FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Faculty of Islamic Studies

كلية الدراسات الإسلامية

Program Diploma Pascasiswazah
Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam

Sebagai sebuah program dalam universiti yang berteraskan penyelidikan,  program Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam bertekad untuk melahirkan:

OP1Graduan berilmu dan berkemahiran dalam bidang kehakiman dan guaman Islam serta mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan.
OP2Graduan berakhlak luhur yang mahir berkomunikasi, boleh bekerjasama dan memiliki profesionalisme.
OP3Graduan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan permasalahan semasa, dan berkebolehan membuat keputusan yang tepat.
OP4Graduan berminda global yang mampu meneroka bidang keusahawan dan industri berkaitan bidang kehakiman dan guaman Islam.

 

  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada universiti-universiti yang diiktiraf; atau
  • Kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Senat; dan
  • Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh Program (jika berkenaan).
Kategori PemohonSyarat Kemasukan
Lulusan Dalam Negeri2.50
Lulusan Luar Negara (yang menggunakan PNGK)3.00
Lulusan LainJayyid atau Maqbul 60% (pelajar Malaysia & Asia Tenggara), dan
65% (pelajar Timur Tengah)
Lulusan Morocco (pelajar Malaysia)50% (10/20)

 

 

  • Program ini dijalankan secara sepenuh masa selama SATU (1) tahun yang merangkumi DUA (2) semester panjang dan SATU (1) semester pendek.

kemaskini: 13.11.2024

  • Kuliah dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad tanpa tertakluk kepada mana-mana cuti umum, kecuali diberitahu sebaliknya.
  • Kursus ini dijalankan dalam mod kerja kursus sahaja yang terdiri daripada kaedah-kaedah seperti berikut:
    • Kuliah
    • Diskusi berkumpulan
    • Tugasan kursus
    • Seminar / kolokium / wacana / bengkel
    • e-Pembelajaran / UKMFolio
    • Problem Based Learning (PBL)
    • Penempatan di Mahkamah Syariah (4 minggu)
    • Mock/Moot Court

Kursus-kursus yang ditawarkan mengikut semester:

SEMESTER I

PPPK5433Pentadbiran Kehakiman dan Perundangan Islam
PPPK5413Advokasi Guaman Islam
PPPK5313Metodologi Teks Fiqh
PPPK5453Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia
PPPK5443Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia

SEMESTER II

PPPK5223Pentadbiran Harta di Mahkamah Syariah
PPPK5133Tatacara Jenayah di Mahkamah Syariah
PPPK5233Tatacara Mal di Mahkamah Syariah
PPPK5123Undang-undang Keterangan di Mahkamah Syariah
PPPK5423Pengharmonian Undang-undang Syariah dan Sivil di Malaysia

SEMESTER III

PPPK5463Moot dan Penempatan di Mahkamah Syariah

 

  • Jumlah keseluruhan kursus 11, setiap kursus bernilai 3 unit dan jumlah jam kredit 33 unit.
  • Jam kredit lulus untuk bergraduat 33 unit.
  • Memenuhi semua kehendak peraturan ini.
  • Menyempurnakan bilangan kredit seperti yang ditetapkan program.
  • Memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Fakulti/Institut.
  • Diperakukan oleh Jawatan kuasa Pemeriksa Siswazah untuk kelulusan Senat dan telah melangsaikan hutang serta menjelaskan segala bayaran yang ditetapkan oleh Universiti.
GREDNILAI GREDTARAF
A4.00Lulus dengan Cemerlang
A-3.67
B+3.33Lulus dengan Kepujian
B3.00
B-2.67Lulus
C+2.33
C2.00
C-1.67Gagal
D1.00
E0.00
  • Pemohon yang telah diterima masuk tetapi belum mendaftar boleh memohon menangguh pendaftaran masuk untuk tempoh tidak kurang daripada satu (1) semester dan tidak melebihi dua (2) semester.
  • Semua kelulusan penangguhan pendaftaran adalah tertakluk kepada sebarang perubahan terhadap kurikulum pengajian, polisi, peraturan dan sebarang keperluan lain sekiranya berkaitan.
  • Pemohonan penangguhan masuk hendaklah dibuat secara bertulis kepada Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh pendaftaran masuk. Sekiranya calon gagal untuk membuat permohonan penangguhan dalam tempoh yang ditetapkan, tawaran akan terbatal.
  • Tawaran dan pendaftaran sebagai pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015 dan keperluan program yang telah ditetapkan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Penyelaras
Program Diploma Pascasiswazah
Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam

Tel: 03.89215537 / 03.89215500
e-Mel: ppdpkgi@ukm.edu.my