FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Faculty of Islamic Studies

كلية الدراسات الإسلامية

Syarat Kemasukan
Program Doktor Falsafah

Syarat Kemasukan

Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program kedoktoran hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana dari Universiti atau mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara, atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  2. kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. pelajar yang sedang mengikuti program sarjana mod penyelidikan secara sepenuh masa di Universiti dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti untuk menukar status kepada program kedoktoran dengan kelulusan Dekan; atau
  4. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh keputusan cemerlang dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan Fakulti/Institut dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara; atau
  5. kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL); atau
  6. memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); atau
  7. Calon TANPA  kelayakan atau pengalaman kerja dalam bidang Pengajian Islam, tetapi berminat untuk menjalankan kajian rentas disiplin dengan bidang Pengajian Islam,  mesti menduduki kursus prasyarat yang sesuai dan memenuhi syarat minima yang ditetapkan oleh Program; dan
  8. memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan
  9. memenuhi keperluan Bahasa.
Keperluan Bahasa
  1. Bahasa Melayu – Calon luar negara wajib mengikuti kursus Bahasa Melayu (3 kredit) seperti yang ditetapkan oleh Universiti. Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh institusi yang diiktiraf oleh Senat Universiti.
  2. Bahasa Inggeris
    • Pelajar antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris iaitu mendapat keputusan skor atau band minimum yang ditetapkan mengikut jadual kesetaraan iaitu TOEFL iBT (30-34), TOEFL pBT (396-416), IELTS (4.0) atau MUET Tahap 2.0 (Band 2.0). Keputusan peperiksaan tersebut hendaklah dikemukakan semasa membuat permohonan pengajian; atau
    • Pelajar antarabangsa yang tidak memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris boleh mengikuti pengajian tertakluk kepada syarat seperti berikut:
      1.  dibenarkan mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris dalaman di UKM sepanjang tempoh pengajian dan tertakluk kepada peraturan Jabatan Imigresen Malaysia yang sedang berkuat kuasa. Pelajar diberikan surat tawaran mengikuti program pengajian; dan
      2. pelajar antarabangsa yang mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris dalaman perlu menduduki peperiksaan IELTS atau TOEFL atau MUET atau HEET atau mana-mana peperiksaan yang telah dijajarkan kepada CEFR bagi memenuhi syarat bergraduat Bahasa Inggeris.
      3. Senarai peperiksaan yang telah dijajarkan kepada CEFR adalah tertakluk kepada senarai yang mendapat kelulusan Senat dari semasa ke semasa.
    • Fakulti boleh memberikan pengecualian untuk calon antarabangsa yang:
      1. mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau
      2. berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
      3. Calon boleh dikecualikan dari syarat kompetensi Bahasa Inggeris, tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).
      4. Pengecualian syarat Bahasa Inggeris kepada pelajar Nusantara dari negara Indonesia, Brunei, Singapura dan Selatan Thailand yang mengikuti program pengajian yang menggunakan bahasa yang serumpun dengan Bahasa Melayu.

Maklumat Lanjut:

Urus Setia Siswazah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, SELANGOR DARUL EHSAN

Tel: +603-8921 3519/ 3507
e-Mail: upps.fpi@ukm.edu.my