FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Faculty of Islamic Studies

كلية الدراسات الإسلامية

Senarai Kursus Prasiswazah
Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan

Kursus ini mengandungi kajian dan huraian di sekitar pengertian dakwah, keperluan manusia kepada dakwah dan hukum berdakwah serta pelaksanaannya menurut al-Quran dan al-Sunnah. Dihuraikan juga konsep-konsep utama bagi dakwah Islamiah dan hubun- gannya dengan dakwah terdahulu serta ciri-ciri kesempurnaan, penamat dan sejagat bagi dakwah Islamiah. Huraian tentang pendakwah dan sasaran dakwah juga dititikberatkan untuk melihat masalah yang timbul daripada kedua objek ini dalam dakwah Islamiah. Perbincangan tentang pendekatan dakwah Rasulullah SAW dan para sahabat dikenal pasti untuk dijadikan model dalam pendekatan dakwah.

Kursus ini membincangkan ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan manusia dan alam semula jadi. Ia menumpukan kepada penciptaan manusia, tabiat manusia, status manusia di kalangan seluruh makhluk yang lain, hubungan manusia dengan alam sekitar dan manusia sebagai khalifah. Ia turut membahaskan tentang konsep tanggungjawab dan kerja yang manusia perlu laksanakan di atas muka bumi. Kajian perbandingan juga dilakukan terhadap teori-teori moden tentang manusia. Titik-titik persamaan dan perbezaan akan dijelaskan dengan berpandukan kepada al-Qur’an dan al-sunnah

Kursus ini membincangkan pendekatan dakwah para Rasul dan Nabi Muhammad dalam usaha menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. Pendekatan dakwah mereka perlu dihadami dengan baik kerana ia merupakan asas yang sangat penting dalam dakwah. Kursus ini menumpukan kepada fakta-fakta dalam kisah para Rasul berdasarkan kepada al-Quran dan hadis. Ia juga membicarakan aspek metode, uslub, pendekatan dan wasilah dakwah yang digunakan oleh para Rasul itu. Penekanan khusus diberikan kepada ayat al-Quran yang menjelaskan setiap usaha dakwah mereka kerana ayat-ayat ini mempunyai maksud tersurat dan tersirat yang perlu dibincangkan dengan lebih teliti. Ia juga menjelaskan strategi dan metode dakwah Rasulullah kepada masyarakat Arab Jahiliyyah di Mekah dan memimpin Negara Islam Madinah dalam masa 10 tahun. Kemahiran membaca strategi dakwah para Rasul ini dibincangkan dari perspektif masa kini kerana watak manusia pada yang jahat dan menentang para Rasul wujud sepanjang zaman.

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar mengenai aliran-aliran pemikiran dalam seku- larisme dan pertentangannya dengan Islam. Ia meliputi definisi, sejarah awal, manhaj, asas pemikiran dan sikap terhadap Islam. Isu sekularisme yang disentuh meliputi world- view terhadap kehidupan, konsep kenegaraan, sistem ekonomi, sistem pendidikan, sis- tem kehakiman, sistem dan kehidupan bermasyarakat. Kursus ini juga membincangkan orientalisme meliputi asas pemikiran dan perkembangan awalnya hingga masa kini. Ia turut menyentuh perancangan terbaharu mereka terhadap Islam yang dikenali sebagai new orientalisme menerusi dasar campur tangan kuasa besar dunia. Ia membincangkan serangan dan tanggapan mereka terhadap al-Qur’an, al-sunnah, sejarah, tasawwuf dan lain-lain. Pelajar akan didedahkan dengan cara untuk mengenal pasti pemikiran moden yang menyeleweng dan cara menjawabnya.

Kursus ini berfokuskan kepada dua aspek utama, iaitu agama dan kepercayaan masyarakat. Terdapat pelbagai agama-agama besar dunia yang dianuti oleh masyarakat seperti Kristian, Yahudi, Hindu dan Budha. Tidak ketinggalan juga perbincangan memberi tumpuan kepada kepercayaan masyarakat seperti animisme, khurafat dan sebagainya. Perbahasan dilakukan dengan membuat perbandingan antara agama dan kepercayaan dengan mengambil kira sejarah setiap agama, asas agama, cara penyebaran agama. Kursus ini juga menumpukan kepada analisis setiap agama berpandukan kepada ajaran Islam.

Kursus ini membincangkan konsep dakwah melalui gerakan organisasi dan meneliti teori serta perlaksanaan konsep “amal jama’i” daripada perspektif Islam. Perbincangan juga meliputi ciri-ciri, kepentingan, aliran pemikiran, aktiviti dan struktur organisasi dalam gerak kerja dakwah Islamiah. Asas-asas dalam organisasi dakwah, perancangan, pemantauan, ciri-ciri keunggulan berdakwah secara berorganisasi dan beberapa contoh daripada gerakan organisasi dakwah akan diberi penekanan. Gerakan organisasi dakwah juga akan dibicarakan di dalam konteks perkembangan budaya tradisional dan terkini.

Kursus ini membicarakan tentang konsep kepimpinan menggunakan pendekatan dakwah. Kepimpinan ialah proses yang menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke arah suatu matlamat yang telah ditetapkan melalui dorongan yang tidak memaksa, untuk tempoh jangka masa panjang. Turut dibincangkan dalam kursus ini ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh pemimpin, gaya kepimpinan, teori yang boleh diaplikasikan selain teknik memimpin yang sesuai dengan golongan sasaran dakwah.

Kursus ini membincangkan gerakan-gerakan dakwah di Malaysia masa kini seperti ABIM, JIM, YADIM, PERKIM, PUM, IKIM dan lain-lain dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian metodologi dakwah mereka serta aktiviti yang dilakukan. Begitu juga gerakan-gerakan dakwah di peringkat ASEAN dan antarabangsa seperti OIC, FOSIS, DDII, Muhammadiah, NU, RABITAH, WAMY, IIIT, Jamaah Islamiah Pakistan dan Jamaah Tabligh India.

Kursus ini menekankan pengurusan sahsiah Islam melalui proses tarbiah dan latihan sepadu antara aspek rohani, mental, emosi dan fizikal sebagai seorang hamba dan khalifah Allah di bumi. Kemahiran khusus diberi tumpuan utama kepada aspek pengurusan personaliti sebagai pendakwah dan pemimpin. Di samping itu penekanan diberi dari aspek perancangan guna tenaga, pengambilan, pembentukan dan pemilihan tenaga kerja, penilaian dan keselamatan kerjaya.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai pelbagai fasa dalam proses perkembangan manusia. Kandungan kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu perkembangan rohani dan jasmani manusia sebelum kelahiran dan selepas kelahiran. Tajuk-tajuk yang dibincangkan ialah penciptaan manusia sebelum lahir dan selepas lahir, perkembangan di usia bayi, kanak-kanak, remaja dewasa dan tua. Dengan mengikuti kursus ini, pelajar diharapkan dapat menerangkan analogi dan sinergi perkembangan manusia dalam Islam. Manakala tajuk-tajuk kursus yang berkaitan dengan perkembangan rohani dan jasmani manusia selepas kelahiran adalah tugas dan kewajipan dalam kehidupan, hubungannya dengan Tuhan dan alam semesta, dan matlamatnya hidup di dunia ini.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penyelidikan dalam amalan kaunseling Islam. Aspek penyelidikan yang dibincangkan dalam kursus ini ialah kepentingan penyelidikan dalam amalan kaunseling Islam, isu-isu dalam penyelidikan kaunseling Islam, kaedah penyelidikan dalam kaunseling Islam dan hala tuju penyelidikan dalam kaunseling Islam. Dengan mengikuti kursus ini, pelajar diharapkan dapat menjalankan penyelidikan dalam amalan kaunseling Islam dengan sistematik dan saintifik.

Fokus utama kursus ini adalah untuk melakukan penilaian kritis terhadap aliran-aliran dalam psikologi Barat dari perspektif Islam. Kursus ini turut menumpukan kepada kajian perbandingan antara bidang psikologi Barat dengan psikolgi Islam dari sudut pendekatan, objektif, metodologi dan subjek kajian. Di samping itu, kursus ini turut membuat kajian terhadap beberapa pemikiran dan prinsip psikologi tokoh-tokoh psikologi Islam.

Kursus ini bertujuan untuk membincangkan tentang motivasi dan pembangunan manusia dari segi konsep dan praktikal tentang pendekatan motivasi dalam dakwah. Dari segi konsep, perbincangan ditumpukan terhadap konsep motivasi,bentuk motivasi,pendekatan dan hubungannya dengan konsep al-targhib wa tarhib. Faktor motivasi yang mempengaruhi pembangunan manusia dan aspek-aspek pembangunan insan. Dari segi praktikal pelajar akan didedahkan dengan amali dakwah di lapangan dengan menggunakan pendekatan motivasi. Pelajar akan dibimbing dalam pembentukan modul untuk tujuan ke lapangan. Pelajar juga akan didedahkan dengan indikator untuk menilai keberkesanan modul yang dibina bagi tujuan pembangunan insan.

Kursus ini menghuraikan konsep dan prinsip komunikasi dari perspektif Barat dan Dakwah. Pengenalan tentang model dan teori komunikasi turut menyentuh dari perspektif Dakwah. Fokus perbincangan mengenai metode dan konteks komunikasi dakwah dalam membentuk konsep hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia melalui komunikasi vertikal dan komunikasi horizontal termasuk komunikasi interpersonal, komunikasi kumpulan kecil, komunikasi pengurusan, komunikasi massa dan juga komunikasi silang budaya. Selain itu, kursus ini turut membincangkan peranan pendakwah sebagai komunikator muslim.

Kursus ini membincangkan persoalan etika dalam pengamalan komunikasi dengan membandingkan beberapa kod etika dalam penyiaran, penerbitan, pengiklanan dengan falsafah akhlak dalam Islam. Amalan-amalan media semasa di Barat, teori dominasi media dan penjajahan budaya akan diberi tumpuan. Selain itu, persoalan kebebasan mengeluarkan pendapat dan model pengendalian komunikasi berasaskan akhlak Islam turut dianalisis.

Kursus ini membincangkan teknik dan strategi untuk memahami mad’u berdasarkan prinsip dan metode dakwah. Berdasarkan kepada pemahaman tersebut, pelajar didedahkan dengan strategi dan perancangan bagi menguasai khalayak menerusi penerbitan, penulisan dan media untuk mencapai matlamat dakwah. Pelajar juga ditekankan dengan penguasaan pelbagai genre media bagi memenuhi keperluan dan kehendak semasa golongan sasaran. Kursus ini juga memperkenalkan kaedah dan beberapa pendekatan mendapatkan maklum balas serta analisis kesan dari persembahan kandungan media.

Kursus ini menghuraikan konsep dan hukum al-Samac dalam Islam. Kursus ini juga menjelaskan bagaimana al-Samac yang merangkumi seni muzik dan nyanyian dapat dijelmakan dalam bentuk yang dibenarkan oleh Islam. Kursus ini akan membincangkan bentuk seni muzik yang dibenarkan dan juga lirik yang sesuai dari perspektif. Penumpuan turut dilakukan secara praktikal iaitu pelajar dilatih menghasilkan lagu yang berunsurkan keislaman dan mampu menjadi media dakwah.

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar mengenai konsep jihad dalam Islam menurut al-Qur’an dan al-sunnah. Ia merangkumi definisi jihad sama ada dari segi bahasa mahupun istilah, kewajipan berjihad, objektif jihad, sejarah syariat jihad, ruang lingkup jihad (jihad hawa nafsu, jihad kekeluargaan, jihad ekonomi, jihad kemasyarakatan dan lain-lain), wasa’il jihad dan peperangan.

Kursus ini membicarakan tentang konsep pembangunan dan perubahan sosiobudaya daripada perspektif Islam. Kursus ini juga membincangkan mengenai faktor penggerak dan faktor penghalang perubahan sosiobudaya dalam masyarakat. Tata kawal arus perubahan sosiobudaya juga diketengahkan bagi mengenalpasti peranan akidah, ibadah dan syariah dalam mengawal perubahan sosiobudaya yang tidak selari dengan ajaran Islam. Konsep keadilan sosial juga dibincangkan bagi menjelaskan bahawa prinsip dasar dalam pembangunan masyarakat Islam yang mengutamakan keadilan dan kesejahteraan, tidak akan berubah walaupun perubahan sosiobudaya berlaku dengan begitu pantas. Peranan ijtihad turut dikupas bagi menjelaskan bahawa ijtihad merupakan pemangkin ke arah perubahan sosiobudaya yang bertepatan dengan ajaran Islam. Akhirnya, kursus ini menjelaskan peranan pendakwah dalam menangani isu perubahan sosiobudaya yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Kursus ini menjelaskan tentang asas pemikiran Islam yang berteraskan kepada al-Quran dan Hadis yang menjadi pegangan kebanyakan masyarakat Islam yang dikenali sebagai Ahli Sunnah wa al-Jamaah. Ia meliputi definisi, ciri, manhaj, pegangan dan kumpulan- kumpulan yang mewakili kelompok ini sejak zaman Rasulullah hingga kini. Aliran berlawanan dengannya yang dikenali sebagai ahli bida’ah wa al-ahwa‘ juga diperjelaskan meliputidefinisi, ciri,manhaj dan pendekatannya.Kursus ini juga mengkaji aspek perpaduan yang berasas kepada Sunnah dan perpecahan yang berasas kepada bid’ah dan ahwa‘ dalam masyarakat. Para pelajar akan didedahkan dengan menganalisis isu-isu yang sering menjadi polemik dalam masyarakat dan sikap yang betul dalam menghadapi isu-isu ini.

Kursus ini membincangkan sejarah, punca, etika ikhtilaf dan pendekatan wasatiyyah dalam Islam. Perbincangan lebih memberi tumpuan kepada etika ikhtilaf dalam Islam berlandaskan nas-nas al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w serta menekankan bagaimana Rasullullah s.a.w menyelesaikan ikhtilaf berlaku. Ia juga mengkaji punca ikhtilaf berlaku di kalangan mazhab-mazhab Islam. Kursus juga membincang pendekatan-pendekatan intelektual dan moral dalam menangani persoalan ikhtilaf. Ikhtilaf yang berlaku dalam masyarakat di murnikan dengan menggunakan pendekatan wasatiyyah dakwah. Pendekatan wasatiyyah sangat penting difahami dan dihayati dalam membangunkan masyarakat kepada Islam yang sempurna.

Tujuan kursus ini ialah untuk membincangkan pendekatan dakwah dalam berhadapan dengan kehidupan masyarakat yang berbilang kaum khususnya di Malaysia. Ia menumpukan kepada asas akidah yang menjadi teras dalam hubungan antara kaum dan seterusnya diikuti dengan menerapkan unsur toleransi untuk mencapai keharmonian. Asas hubungan ini dibincangkan dari perspektif sirah Rasulullah yang telah berhadapan dengan kepelbagaian masyarakat khususnya di Madinah, namun Baginda dapat menguasai mereka dalam tempoh yang pendek. Kursus ini juga membincangkan tentang perubahan masyarakat masa kini yang mendakap idea post modern di mana mereka tidak mahu bercakap soal agama untuk dipaksakan pada publik. Pelajar akan ditekankan dengan metode dan pendekatan dalam berhadapan dengan kecenderungan sebahagian masyarakat ke arah demikian dalam realiti kehidupan di Malaysia.

Kursus ini bertujuan untuk membimbing pelajar tentang kaunseling kelompok dan im- plikasinya dalam perkembangan dakwah. Pada peringkat awal pelajar diperkenalkan dengan dinamika tingkah laku kelompok, jenis-jenis kelompok dan kaedah pengenda- lian jenis-jenis kelompok. Setelah itu, pelajar dibimbing tentang fungsi dan matlamat kaunseling kelompok dalam masyarakat, sifat peribadi dan kepimpinan sebagai seorang ketua yang berkesan dalam kaunseling kelompok, pemilihan ahli untuk kaunseling ke- lompok, strategi intervensi dalam kaunseling kelompok, kemahiran komunikasi tera- putik dalam kaunseling kelompok, kaedah pengendalian kaunseling kelompok, kaedah penulisan jurnal harian, kaedah marathon dalam kaunseling kelompok, serta hubungan kaunseling kelompok dengan dakwah. Di akhir kursus, pelajar diharapkan berupaya menerangkan fungsi dan kepentingan amalan kaunseling kelompok dalam masyarakat dan mengaplikasikan kemahirannya dalam aktiviti dakwah.

Kursus ini bertujuan untuk membimbing pelajar memahami etika kaunselor dalam amalan kaunseling dan hubungannya dengan tanggungjawab dakwah. Tumpuan kursus ini diberikan kepada aspek berkaitan peranan etika dan implikasinya kepada pengamal kaunseling, piawai kelayakan dan latihan, peranan badan-badan profesional kaunseling, serta hubungan etika kaunselor dengan tanggungjawab dakwah. Dengan mengikuti kursus ini, pelajar diharapkan mempunyai kemampuan untuk menerangkan dan menganalisis tanggungjawab profesional dan etika dalam amalan kaunseling sama ada kepada klien, rakan satu profesion, masyarakat atau majikan dan organisasi dalam konteks profesion sebagai pengamal kaunseling Islam dan pendakwah.

Kursus ini memberi tumpuan kepada memahami psikologi saudara baru. Tumpuan perbincangan menjuruskan kepada aspek-aspek berkaitan fitrah kejadian manusia yang memerlukan kepada agama. Dibincangkan dalam kursus ini tentang kedudukan saudara baru daripada sudut perundangan dan syarak, faktor-faktor pemelukan agama Islam di kalangan saudara baru, dorongan mereka mengenali dan mendekati agama Islam, halangan-halangan semasa hendak memeluk agama Islam, tahap-tahap psikologi dan masalah selepas memeluk agama Islam serta pendekatan psikologi untuk mengatasinya bagi mengekalkan mereka dalam agama Islam.

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan bimbingan kepada pelajar untuk memahami jiwa, tingkahlaku, mental dan permasalahan manusia dalam masyarakat yang memerlukan kepada dakwah. Bahagian pertama kursus ini membincangkan pengertian psikologi dakwah, matlamat, skop, asas dan hubungan psikologi dengan dakwah. Bahagian kedua pula membincangkan pelbagai pendekatan psikologi dakwah serta mengenali personaliti manusia untuk tujuan dakwah.

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar mengenai konsep institusi keluarga Islam dan kaunseling keluarga Islam. Aspek institusi keluarga Islam yang dibincang ialah keluarga sebagai institusi sosial dan kedudukannya di bawah undang- undang Islam. Manakala aspek kaunseling keluarga Islam yang dibincang ialah kemahiran terapi keluarga Islam, pendekatan terapi keluarga Islam, isu dalam keluarga Islamserta penyelidikan dalam terapi keluarga Islam. Dengan mengikuti kursus ini, pelajar diharapkan mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan pendekatan terapi keluarga Islam dalam membantu keluarga yang bermasalah.

Fokus utama kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar-pelajar kepada jiwa, tingkahlaku dan mental individu dalam masyarakat terhadap ahli masyarakat. Bahagian pertama, kursus ini membincangkan tentang pengertian psikologi masyarakat Islam, hubungannya dengan dakwah. Bahagian kedua pula, membincangkan tingkah laku individu dalam konteks masyarakat, aspek-aspek yang mempengaruhi tingkah laku individu dan proses interaksi sosial. Bahagian ini juga akan membincangkan tentang norma-norma dan nilai-nilai dalam masyarakat bagi tujuan dakwah.

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar satu disiplin ilmu berkaitan psikologi Orang Kurang Upaya. Kursus ini membahagikan perbincangan kepada dua tajuk utama iaitu konsep Orang Kurang Upaya dan kesejahteraan psikologi Orang Kurang Upaya. Dari segi konsep Orang Kurang Upaya, kursus ini menumpukan perbincangan mengenai definisi, perkembangan dan teori berkaitan Orang Kurang Upaya. Manakala dari segi kesejahteraan psikologi Orang Kurang Upaya, kursus ini menumpukan perbincangan mengenai kesejahteraan psikologi Orang Kurang Upaya dari perspektif al-Quran, Hadith dan teori, perkembangan pemikiran kesejahteraan psikologi, dimensi kesejahteraan psikologi dan faktor yang mempengaruhi kesejahteraan psikologi Orang Kurang Upaya. Dengan mengikuti kursus ini, pelajar diharapkan dapat menjalankan aktiviti dakwah kepada golongan Orang Kurang Upaya dengan berkesan.

Kursus ini memberi tumpuan kepada memahami proses bimbingan secara berterusan kepada saudara baru. Tumpuan perbincangan menjuruskan kepada mengembangkan potensi golongan tersebut. Konsep keperluan beragama dalam kehidupan Insan akan ditekankan dengan mengemukakan hakikat insan kamil, al-haq, al-irsyad, al-falah, dan tarbiyah. Aspek bimbingan ini akan melihat daripada dua keadaan iaitu bimbingan secara individu atau secara kelompok. Turut akan dibincangkan dalam kursus ini ialah pendekatan yang telah dipraktikkan oleh badan-badan dakwah yang bertanggungjawab di Malaysia sama ada agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO).

Kursus ini akan membincangkan aspek pembentukan kewartawanan Islam merangkumi objektif, pembentukan sahsiah dan sifat-sifat atau karakter sebagai seorang wartawan Islam. Juga akan disentuh ialah peranan dalam pembangunan masyarakat, pemberita dalam persuratkhabaran, jenis-jenis dan unsur berita, teknik pemberitaan, wawancara, penggunaan bahasa lisan dan tulisan, penapisan serta prinsip pengurusan kewartawanan.

Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelbagai sumber dan perkhidmatan berdasarkan teknologi media baharu bagi menyampai maklumat dakwah seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram. Kursus ini turut membincangkan tentang pengurusan teknologi maklumat, persembahan serta penyampaian maklumat dakwah Islam dalam medium baharu ini yang boleh mempengaruhi kesedaran Islam dan perubahan tingkah laku. Aspek persembahan dan penyampaian maklumat dakwah secara terancang menggunakan elemen multimedia dan interaktif juga diketengahkan. Ia turut membincangkan kesan media baharu kepada metodologi dakwah serta menjelaskan cabaran, realiti masyarakat dan institusi Islam dalam penggunaan media baharu.

Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelbagai sumber dan perkhidmatan berdasarkan teknologi media baharu bagi menyampai maklumat dakwah. Ia menyentuh tentang penggunaan semua wahana media baharu seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram. Kursus ini akan turut membincangkan tentang pengurusan teknologi maklumat, persembahan serta penyampaian maklumat dakwah Islam dalam medium baharu ini yang boleh mempengaruhi kesedaran Islam dan perubahan tingkah laku. Aspek persembahan dan penyampaian maklumat dakwah secara terancang menggunakan elemen multimedia dan interaktif juga diketengahkan. Ia turut membincangkan kesan media baharu kepada metodologi dakwah serta menjelaskan cabaran, realiti masyarakat dan institusi Islam dalam penggunaan media baharu.

Kursus ini menyediakan pengetahuan asas tentang pemasaran dakwah. Ia akan membincangkan prinsip dan kaedah pemasaran yang boleh diaplikasikan di dalam dakwah disamping membahaskan cabaran dalam dunia pemasaran media dakwah semasa. Kursus ini akan meneliti tentang pemilihan dan penampilan bahan iklan yang berteraskan Islam untuk mencapai objektif dakwah. Pelajar diminta menyediakan bahan dan pelan pemasaran bagi mempromosikan program dan aktiviti dakwah.

Kursus ini membincangkan kemahiran komunikasi individu dengan meneliti aspek personaliti komunikator, proses pembujukan sebagai suatu proses komunikasi kompleks dan kesan yang terhasil. Ia juga akan membincangkan unsur, ciri, jenis, struktur dan strategi yang sering digunakan dalam proses komunikasi individu dan kelompok. Kursus ini juga meninjau pendekatan-pendekatan teoritis yang memandu kemahiran komunikasi individu dan kelompok serta faktor-faktor yang terlibat dalam proses itu. Di samping itu, penilitian akan diberi kepada komunikasi bersemuka, jenis maklumat lisan dan tanpa lisan, dan isyarat komunikasi. Proses komunikasi dalam organisasi juga akan dibincangkan di samping konsep dakwah fardiyyah turut dijadikan sebagai perbandingan.

Kursus ini menjelaskan tentang dinamisme media baharu dalam memberikan perspektif baru kepada kepada dakwah masa kini. Ia menjelaskan tentang konsep penggunaan media baharu untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan penglibatan masyarakat dalam aspek kemasyarakatan. Kursus ini akan menganalisis isu-isu semasa yang menggunakan media baharu dan berusaha untuk mengaplikasikannya dalam dunia dakwah. Ia turut menghuraikan kesannya dalam membentuk public opinions apabila media baharu ini digunakan oleh masyarakat secara meluas.

Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada teori dan prinsip penulisan kreatif untuk menyampaikan mesej dakwah. Tumpuan akan diberi kepada kaedah melahirkan idea dan membina konsep untuk penulisan berbentuk novel, skrip dan penceritaan. Aspek estetika, rekabentuk dan penulisan kritis akan diberi perhatian.

Matlamat kursus ini ialah memberikan penjelasan mengenai kedudukan kesenian dalam Islam, dengan memberikan penjelasan hukum menurut al-Quran dan al-Sunnah. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana mengaplikasikan kesenian dalam penyampaian dakwah. Beberapa bentuk kesenian diberi penumpuan iaitu seni muzik dan nyanyian, seni lakon, seni sastera, seni foto dan figura serta seni mempertahankan diri. Pelajar akan dijelaskan bagaimana kesenian dapat dimanfaatkan sebagai pendekatan dakwah yang berkesan. Pelajar juga terlibat menyediakan persembahan kesenian yang berunsur dakwah.

Kursus ini menumpukan kepada konsep asas berita dari perspektif Islam. Aspek ‘Islamic content’ turut diketengahkan dalam usaha membawa mesej dakwah melalui penulisan. Ia merangkumi prinsip dan kaedah dalam mengenal pasti masalah sasaran dan pemasaran bagi merangka bahan-bahan dakwah untuk media cetak Islam. Fokus perbincangan adalah mengenai penerbitan buku, akhbar, majalah dan risalah dakwah. Pendedahan latihan amali juga diberikan bagi merangka mauduk melalui formula penulisan Islam.

Kursus ini menyentuh tentang konsep dakwah dan pengucapan sebagai medium dalam berdakwah di samping menyentuh jenis-jenis ucapan, etika pengucapan dakwah, uslub pengucapan dakwah dan menganalisa ucapan yang telah disampaikan oleh tokoh- tokoh dakwah. Kursus ini akan membincangkan teknik dalam pembukaan dan penutup, penyusunan bahan dalam ucapan dakwah serta penggunaan bahan sokongan yang akan menambahkan kekesanan dalam pengucapan. Selain itu, ia turut membincangkan strategi pengucapan berkesan, teknik menganalisa audien dan membahaskan beberapa isu yang berkaitan dengan pengucapan dakwah. Kursus ini akan dilengkapkan dengan latihan amali bagi memastikan segala teori yang dipelajari dapat dipraktikkan.

Kursus ini mengkaji teks-teks dakwah dan kepimpinan. Salah satu daripada teks-teks ini akan dijadikan bahan kajian di dalam kuliah. Teks ini akan dipilih mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. Kajian teks dakwah dan kepimpinan diambil kira dengan mengkaji biodata penulis, kepentingan dan sumbangan teks kepada dakwah dan kepimpinan. Menganilisis teks kajian pula akan diberikan tumpuan yang lebih supaya teks tersebut dapat difahami dengan baik seterusnya dapat diaplikasi dan dipraktikkan di dalam dakwah dan kepimpinan.

Kursus ini bertujuan untuk membincangkan teori dan aplikasi kaunseling Islam. Kursus ini membahagikan perbincangan kepada dua aspek utama iaitu teras teori dalam kaunseling Islam dan aplikasi teras teori dalam kaunseling Islam. Dari segi teras teori dalam kaunseling Islam, kursus ini menumpukan perbincangan kepada sejarah perkembangan perkhidmatan kaunseling Islam, teras teori kaunseling Islam, andaian asas dan prinsip kepada teras teori kaunseling Islam serta matlamat terapi kaunseling Islam. Manakala dari segi aplikasi kaunseling Islam, kursus ini menumpukan perbincangan kepada peranan kaunselor Muslim, teknik hubungan membantu, teknik kemahiran asas kaunseling Islam, aplikasi strategi intervensi kaunseling Islam dalam setting dan aplikasi kes. Dengan mengikuti kursus ini, pelajar diharapkan mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengadaptasikan kaunseling Islam dalam aktiviti dakwah.

Kursus ini dibahagikan kepada dua aspek, teoritikal dan praktikal. Aspek teoritikal yang berjalan dalam fasa pertama perkuliahan menumpukan perbincangan kepada konsep, falsafah dan metode dakwah kepada masyarakat muslim berdasarkan nas- nas al-Qur’an dan praktikal sunnah Nabi SAW. Aspek-aspek berhubung kaedah mentarbiyah pendakwah mithali serta menganalisis syarat dan sifat yang mesti wujud pada pendakwah. Fasa kedua kursus ini pula melibatkan aspek praktikal yang diberikan dalam Latihan Amali Dakwah (LAD). Melalui LAD, para pelajar didedahkan kepada aspek praktikal dakwah kepada masyarakat Muslim. LAD dilaksanakan berserta kajian terhadap teori dan pendekatan yang digunakan di tempat sasaran. Kaji selidik dibuat terhadap masyarakat atau kumpulan yang menjadi sasaran dakwah serta menganalisis hasil kaji selidik tersebut untuk merancang cara penyampaian dakwah dan menyediakan bahan dakwah yang sesuai dan berkesan.

Kursus ini berbentuk penyelidikan dan penulisan dalam bidang Pengajian Dakwah dan Kepimpinan. Aspek-aspek yang dinilai adalah abstrak, pengenalan, kajian lepas, metodologi, data, dan analisis perbincangan dan kesimpulan serta gaya penulisan dan format. Latihan Ilmiah ini mestilah diselesaikan tidak kurang dari dua semester dengan mengambil kira aspek-aspek sebuah penulisan ilmiah mengikut GAYA UKM. Jumlah perkataan penulisan ini tidak kurang daripada 20,000 patah perkataan.

Kursus ini membincangkan tentang etika kerja dan perkhidmatan dalam Islam. Perbincangan meliputi konsep etika dan pengurusan organisasi dalam Islam dengan melihat kepada konsep etika kerja dan pengurusan organisasi dalam Islam termasuklah dari segi cabarannya. Ciri-ciri dan nilai-nilai etika kerja diberikan penekanan yang khusus. Manakala pemantapan etika dibincangkan di akhir pengkuliahan dengan mengemukakan beberapa cadangan yang tertentu.

Kursus ini memberi tumpuan kepada memahami pengurusan dakwah kepada saudara baru. Fokus perbincangan memberi tumpuan kepada aspek-aspek berkaitan asas-asas pengurusan saudara baru. Dibincangkan dalam kursus ini tentang kedudukan saudara baru daripada sudut perundangan dan syarak, faktor-faktor yang membawa kepada pemelukan agama Islam di kalangan saudara baru, cabaran-cabaran sebelum dan selepas memeluk agama Islam, pengurusan dakwah kepada saudara baru dari segi pengurusan pendidikan, pengurusan kebajikan, pengurusan sosial dan pengurusan ekonomi dalam kalangan saudara baru selepas pemelukan Islam.

Kursus ini membincangkan mengenai kawalselia komunikasi dan multimedia di Malaysia. Perkhidmatan komunikasi dan maklumat serta kandungan multimedia berkembang pesat menjadikan Malaysia antara negara membangun yang bersedia mempamerkan teknologi mudah alih kelima (5G). Walau bagaimanapun, peranan kawalselia kandungan komunikasi dan multimedia perlu dikembangkan kepada pengguna dan netizen media baharu agar pembangunan bidang telekomunikasi, penyiaran dan aktiviti dalam talian mencapai literasi digital yang baik. Fokus perbincangan juga dari perspektif Islam mengenai keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan berita. Portal ‘sebenarnya. my’ menjadi platform utama yang membawa perbincangan kandungan berita yang ditentukan kesahihahnya serta mengelakkan gejala penularan berita palsu.

Kursus ini akan membahaskan mengenai prinsip, kaedah dan unsur-unsur perancangan terhadap sesuatu urusan dan kegiatan Islam. Perbincangan ini meliputi perancangan yang berasaskan kepada konsep strategi pengurusan, pemilihan strategi, pelaksanaan strategi serta arah tuju gerak kerja Islam. Strategi pentadbiran dan pengurusan gerak kerja zaman Rasulullah SAW dan khulafa’ al-Rashidin dirujuk. Faktor kawalan, disiplin, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam perancangan strategi turut dibincangkan.

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar satu disiplin ilmu berkaitan psikologi warga emas. Kursus ini membahagikan perbincangan kepada dua tajuk utama iaitu konsep warga emas dan kesejahteraan psikologi warga emas. Dari segi konsep warga emas, kursus ini menumpukan perbincangan mengenai definisi, perkembangan dan teori berkaitan warga emas. Manakala dari segi kesejahteraan psikologi warga emas, kursus ini menumpukan perbincangan mengenai kesejahteraan psikologi warga emas dari perspektif al-Quran, Hadith dan teori, perkembangan pemikiran kesejahteraan psikologi, dimensi kesejahteraan psikologi dan faktor yang mempengaruhi kesejahteraan psikologi warga tua. Dengan mengikuti kursus ini, pelajar diharapkan dapat menjalankan aktiviti dakwah kepada golongan warga emas dengan berkesan.

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang praktikum bimbingan dan kaunseling Islam. Aspek yang dibincangkan dalam kursus ini adalah bersifat pengenalan kepada praktikum bimbingan dan kaunseling Islam. Kursus ini menerangkan kepada pelajar tentang konsep dan kepentingan praktikum bimbingan dan kaunseling Islam, panduan pelaksanaan praktikum bimbingan dan kaunseling Islam, perancangan aktiviti bimbingan dan kaunseling Islam serta prosedur kaunseling Islam bermula daripada menerima klien, proses saringan, menjalankan ujian bio-psiko- sosial dan membuat laporan kemajuan kes klien. Dengan mengikuti kursus ini, pelajar diharapkan dapat menyediakan diri dengan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran untuk menjalankan sesi kaunseling Islam.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan membimbing pelajar mengenai pendidikan kerohanian dan terapi jiwa dalam Islam. Kursus ini memberi tumpuan kepada konsep kerohanian dan psikoterapi Islam. Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam kursus ini ialah konsep kerohanian yang meliputi pengertian pembinaan kerohanian, matlamat, skop dan kepentingannya dalam kehidupan manusia. Tajuk-tajuk kursus yang berkaitan dengan psikoterapi Islam ialah fitrah manusia, tekanan dalaman dan luaran kehidupan manusia, konflik psikis dan implikasinya kepada psikologi, pendekatan psikoterapi rohani Rasulullah S.A.W dan para ulama sufi. Dengan mengikuti kursus ini, pelajar akan mempunyai kemampuan untuk memberi bimbingan berasaskan kepada pembinaan kerohanian dan psikoterapi Islam.

Kursus ini menumpukan kepada kaedah dan strategi dalam menghasilkan filem pendek dakwah. Perbahasan juga memfokuskan kepada peranan filem pendek dalam mencapai khayalak sasaran yang pelbagai. Pembinaan subjek dan watak diangkat secara bertepatan dengan asas dakwah `role model’ secara qudwah hasanah. Ia juga merangkumi asas-asas penghasilan jalan cerita, struktur dramatik dan juga mengenal pasti `The Paradigma’. Tumpuan akan diberi kepada `thinking in picture’, `film time’, dan keberkesanan dramatik. Latihan amali bagi teknik-teknik asas dalam penerbitan filem pendek dakwah akan diadakan.

Kursus ini menumpukan kepada prinsip dan kaedah dalam merangka bahan-bahan dakwah untuk media elektronik. Ia akan merangkumi aspek perancangan, merangka mauduk, mengenalpasti sasaran dan pemasaran. Tumpuan akan diberi kepada penerbitan drama, dokumentari, iklan. Latihan amali bagi proses penerbitan media cetak dan elektronik akan diadakan.

Kursus ini memberikan penjelasan mengenai bentuk-bentuk dakwah media baru yang menggunakan konsep animasi. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang teori dan aplikasi dakwah melalui video animasi dalam penyampaian dakwah. Pelajar akan dijelaskan tentang peranan mekanisme ini untuk dimanfaatkan sebagai pendekatan dakwah yang berkesan bagi golongan sasaran tertentu. Pelajar juga perlu mempersembahkan hasil produk animasi dakwah yang dibangunkan.

Kursus ini membincangkan mengenai kawalselia komunikasi dan multimedia di Malaysia. Perkhidmatan komunikasi dan maklumat serta kandungan multimedia berkembang pesat menjadikan Malaysia antara negara membangun yang bersedia mempamerkan teknologi mudah alih kelima (5G). Walaubagaimanapun, peranan kawalselia kandungan komunikasi dan multimedia perlu dikembangkan kepada pengguna dan netizen media baharu agar pembangunan bidang telekomunikasi, penyiaran dan aktiviti dalam talian mencapai literasi digital yang baik. Fokus perbincangan juga dari perspektif Islam mengenai keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan berita. Portal ‘sebenarnya. my’ menjadi platform utama yang membawa perbincangan kandungan berita yang ditentukan kesahihahnya serta mengelakkan gejala penularan berita palsu.

Kursus ini membicarakan aspek teori dan aplikasi kepimpinan dari perspektif Islam mengikut sumber manhaj al-Qur`an, al-Sunnah, al-Ijma‘ dan al-Qiyas. Perbincangan pelbagai isu kepimpinan Islam oleh para ulama, ilmuan, sarjana, dan cerdik pandai pelbagai bidang akan menjadi fokus utama, dari segi sejarah, fiqh dan pengurusan dakwah. Aspek aplikasi kepimpinan Muslim dikaitkan dengan teori kepimpinan dalam pembangunan masyarakat dari segi sektor dan institusi. Sektor kepimpinan secara khusus ialah kepimpinan dalam politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kebajikan dan keluarga. Isu-isu kepimpinan dalam kerjaya kini dan cadangan penambahbaikan dalam perubahan dasar negara Malaysia akan juga menjadi asas perbincangan secara teori dan aplikasi kepimpinan masa kini.