FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Faculty of Islamic Studies

كلية الدراسات الإسلامية

Senarai Kursus Prasiswazah
Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah

Kursus ini akan menganalisa persoalan-persoalan yang berkaitan dengan keperluan manusia kepada agama yang benar. Begitu juga ia menyentuh secara terperinci
perbincangan mengenai ketuhanan, kenabian dan sam’iyyat.

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan persekitaran umum akhlak Islamiah serta tasawuf dengan memberikan penekanan khusus kepada peranan kedua-duanya dalam proses pembangunan sahsiah Muslim. Perbincangannya meliputi konsep nilai dan sumber akhlak Islam serta kepentingannya dalam kehidupan insan, konsep dan sumber tasawuf, proses pembersihan diri yang merangkumi pembicaraan sekitar al-fada’il dan al-radha’il dan pengenalan kepada al-maqamat dan al-ahwal.

Kursus ini melatih penelitian terhadap teks teras dalam bidang pengajian Usuluddin dan Falsafah. Kandungan teks pembelajaran diteliti secara sistematik dan analitikal bagi mendalami pengetahuan dan menganalisa aspek-aspek pemikiran yang penting yang terkandung di dalam teks kajian. Pelajar akan didedahkan dengan teks asal perbincangan yang meliputi lima aspek iaitu Tafsir, Hadis, Aqidah Ahli Sunnah wa al- Jama’ah, Tasawuf, Pemikiran Islam dan falsafah.

Kursus ini diperkenalkan sebagai pengenalan asas kepada kepada disiplin ilmu falsafah. Penekanan kursus ditumpukan kepada kepada tiga komponen utama iaitu, pertamanya difokuskan kepada pengertian falsafah dari aspek etimologi dan dari pelbagai sudut pandangan ahli falsafah dari pelbagai latar belakang sejarah dan geografi serta metodologi dan signifikan subjek falsafah. Komponen kedua, meneroka sejarah dan nature falsafah Greek bermula daripada era Pra Socrates, falsafah Plato, Aristotle, Neo-Platonisme, Abad Pertengahan hingga falsafah zaman Moden. Komponen ketiga memfokuskan kepada persoalan-persoalan di dalam falsafah seperti metafizik, epistemologi, etika, falsafah agama, falsafah politik dan kemanusiaan.

Kursus ini memperkenalkan Ilmu Logik atau Ilmu Mantik sebagai kaedah yang dapat menjaga akal daripada tersalah dalam berfikir. Perbincangan meliputi peranan akal serta hubungnya dengan wahyu, sejarah, tokoh-tokoh, kaedah-kaedah logik klasik yang membincangkan al-taṣawwurāt dan al-tāṣdīqāt serta kaedah-kaedah logik moden seperti metode deduktif, induktif dan kompratif yang dapat diaplikasikan di dalam kehidupan.

Kursus ini membahaskan secara tahlili (kajian analisis) hadis-hadis berhubung dengan akidah, ilmu, akhlak, keluarga dan masyarakat. Kajian merangkumi tahkrij hadis serta istinbat hukum daripada hadis. Pelajar akan didedahkan dengan amali kaedah mentakhrij hadis menggunakan kaedah paling mudah berasaskan kitab al-Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Hadis al-Nabawi. Selain itu, para pelajar juga akan diperkenalkan dengan karya-karya syuruh al-hadis terutamanya kitab syarah bagi enam kitab hadis utama (al- kutub al-sittah) dengan pengenalan asas kitab-kitab tersebut serta amali syarah hadis secara ringkas.

Kursus ini bertujuan memberikan gambaran yang jelas mengenai Falsafah Islam dari segi sumber dan beberapa persoalan utama yang dibincangkan oleh ahli falsafah Islam serta beberapa kritikan terhadapnya. Antara kandungan kursus merangkumi sejarah pertumbuhan dan perkembangan falsafah Islam di Timur dan Barat, ketulenan falsafah Islam dan unsur-unsur luaran serta penganalisaan terhadap beberapa konsep dalam Falsafah Islam seperti ketuhanan, kenabian, kebahagiaan, baik dan buruk dan konsep kemasyarakatan dan kenegaraan berdasarkan tulisan beberapa tokoh falsafah Islam terkenal, seperti al-Kindī, al-Farābi, Ibn Sinā dan Ibn Rushd. Kursus ini juga mengkaji kesinambungan idea-idea Falsafah Islam dalam konteks masa kini berdasarkan pemikiran beberapa ahli falsafah Islam semasa.

Kursus ini membahaskan secara tahlili (kajian analisis) terhadap asbab nuzul, hubun- gan antara ayat- ayat atau surah, memahami mufradat, membahaskan icrab dan bala- ghah, tafsiran ijmali dan tafsili serta pengajaran ayat. Pemilihan ayat berdasarkan tajuk-tajuk tertentu merangkumi aspek akidah, ibadah, kemanusiaan dan aspek pembi- naan modal insan secara menyeluruh. Pelajar juga akan didedahkan dengan pemaha- man kajian teks- teks tafsir secara kolektif.

Kursus ini mengkaji kitab-kitab turath akidah yang berkaitan dengan ketuhanan, kenabian dan sam‘iyyat. Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan berdasarkan teks berkenaan ialah dalil kewujudan Allah, sifat-sifat Allah, takrif dan bukti kenabian dan kebangkitan. Kursus ini juga mengkaji kitab-kitab turath tasawwuf yang berkaitan dengan maqamat dan ahwal, fana’ dan baqa’ dan shatahat seperti maqam al-tawbah, maqam al-wara’, maqam al-zuhd, maqam al-sabr, hal muraqabah, hal al-qurb, hal al-mahabbah dan hal al-khawuf wa al-raja’.

Kursus ini memperkenalkan Ilmu Kalam sebagai satu disiplin di dalam pengkajian isu- isu di dalam Akidah Islam. Perbincangan meliputi 10 prinsip asas (mabādī al-‘ashrah) bagi Ilmu Kalam yang meliputi maksud, sejarah, tokoh, faedah, hukum mempelajarinya, tema dan isu-isu terpilih berkaitan al-Ilāhiyyāt, al-Nubuwwāt, al-Sam‘iyyāt serta al-Imāmah di kalangan Ahli Sunah Waljmaah (al-Ashā ‘irah dan al-Māturidiyyah) dan aliran-aliran lain dalam Ilmu Kalam.

Kursus ini akan memfokuskan perbincangan mengenai ilmu tasawuf dalam Islam. Matlamat kursus ini ialah menerapkan kemahiran pengetahuan dan analisis yang tinggi mengenai isu-isu yang mempunyai hubung kait dengan ilmu tasawuf. Oleh yang demikian, kursus ini akan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aspek al-ihsan dalam Islam, sejarah perkembangan ilmu tasawuf dan tokoh-tokoh utama ilmu ini serta isu-isu utama ilmu tasawuf seperti tazkiyat al-nafs, al-maqamat, al-ahwal, al-ma`rifah berdasarkan pandangan kitab-kitab tasawuf yang muktabar seperti al-Luma` fi `ilm al- Tasawwuf, al-Risalah al-Qushayriyyah, Haqa`iq `an al-Tasawwuf dan ulama-ulamanya seperti al-Imam al-Junayd al-Baghdadi, `Abd al-Qadir al-Jilani, al-Imam al-Ghazzali dan lain-lain.

Kursus ini membincangkan agama-agama yang dianuti oleh manusia sejak zaman purba hingga kini. Perbincangan meliputi kepercayaan masyarakat primitif, asas-asas ajaran Agama Hindu, Buddha, Sikh, Tao, Shinto, Bahai dan Konfusius serta konsep ketuhanan, kenabian, kerasulan dan wahyu dalam agama Yahudi, Kristian dan Islam. Turut dibincangkan isu gender, aliran-aliran dalam setiap agama, nilai-nilai etika dan manifestasi kehidupan beragama dalam kalangan penganut agama-agama tersebut.

Kursus ini memperkenalkan aliran Ahli Sunah Waljamaah yang disifatkan sebagai kelompok yang selamat (al-firaq al-nājiyah) serta menjadi pegangan dominan masyarakat Islam di dunia. Perbincangan meliputi maksud, sejarah, tokoh-tokoh, kelompok, metodologi dan usul-usul pegangan Ahli Sunah Waljamaah (al-Ashā‘irah dan al-Māturīdiyyah) serta aliran-aliran yang menyimpang daripada Ahli Sunah Waljamaah.

Kursus ini bertujuan untuk mengenal, mendedah dan membincangkan ajaran-ajaran salah dari perspektif Islam. Beberapa isu dan persoalan utama akan dibincangkan dalam kursus ini meliputi sejarah kemunculan ajaran sesat di Malaysia dan kaitannya dengan ilmu tasawuf dan tarekat, permasalah berkaitan makrifah, wujudiyah, batiniah, penyelewengan penggunaan dalil serta pendedahan pelbagai kumpulan yang berkaitan dengan ajaran salah.

Kursus ini membincangkan teori pemikiran Islam, cabaran dan sumbangannya pada masa kini. Perbahasannya meliputi konsep, sejarah dan warisan pemikiran Islam sehingga hari ini serta menyentuh aliran-aliran utama dalam pemikiran Islam, tokoh-tokoh pemikir Islam yang berpengaruh di era moden serta isu- isu penting yang menjadi kepentingan dalam wacana pemikiran Islam semasa.

Kursus ini membincangkan mengenai konsep dan sejarah hubungan dan dialog antara agama. Melalui kursus ini, para pelajar akan dilatih supaya memahami falsafah, sejarah dan metodologi hubungan dan dialog antara agama dengan tumpuan kepada perspektif Islam. Para pelajar juga didedahkan dengan wacana ilmiah para sarjana mengenai asal usul agama, evolusi kepelbagaian agama, pembentukan agama, pertembungan agama, sintesisme dan sinkretisme agama, penyelesaian konflik agama serta teori, adab dan kaedah berdialog.Pengaruh kepelbagaian agama dalam aspek teologi dan sosial juga dianalisis bagi memupuk pelajar supaya menghargai kepelbagaian melalui rahmah dan beinteraksi dengan kepelbagaian melalui hikmah.

Kursus ini berbentuk penyelidikan dan penulisan dalam bidang Usuluddin dan Falsafah. Aspek-aspek yang dinilai adalah abstrak, pengenalan, kajian lepas, metodologi, data, analisis perbincangan dan kesimpulan serta gaya penulisan dan format. Latihan Ilmiah ini mestilah diselesaikan tidak kurang dari dua semester dengan mengambil kira aspek- aspek sebuah penulisan ilmiah mengikut GAYA UKM. Jumlah perkataan penulisan ini tidak kurang daripada 20,000 patah perkataan.

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar ayat al-Quran dan nas Hadis yang menjadi perbincangan dalam kalangan aliran-aliran dalam akidah seperti Ahli Sunnah Waljamaah dan Muktazilah dan lain-lain. Perbincangan pula menjurus kepada ayat-ayat al-Quran
dan nas Hadis yang berkaitan dengan sifat Allah, Qada’ dan Qadar, keadilan Allah,
syafaat, melihat Allah serta janji baik dan buruk.

Kursus ini memperkenalkan konsep dan latar belakang firaq dalam Islam, membahaskan pertumbuhan beberapa doktrin utama dalam Firaq Islam yang terdiri seperti Ahli Sunah Waljamaah, Qadariyah, Jabariah, Maturidiyyah, Muktazilah, Khawarij, Syiah dan lain- lain aliran daripada perpektif sejarah dan semasa. Ia bertujuan menjelaskan kesahan aliran-aliran dalam Islam dari pelbagai aspek merangkumi sejarah awal, faktor-faktor kemunculan dan doktrin pada peringkat awal kemunculan berbanding peringkat konsolidasi (pengukuhan) doktrin-doktrin Firaq Islamiah berkenaan. Selain itu, kursus ini juga membincangkan aliran-aliran dalam Islam daripada perpektif semasa khususnya yang mempunyai kaitan dengan perkembangan Islam di Malaysia.

Kursus ini membincangkan tradisi kerohanian yang terdapat dalam agama-agama terbesar dunia seperti Islam, Buddhisme, Judaisme, Hinduisme dan Kristian. Kandungan kursus ini memberi penekanan kepada isu-isu yang berkaitan dengan aliran kerohanian seperti pengertian, bentuk,elemen, rukun dan teknik mistisisme serta konsep-konsep
seperti love, zuhud, asceticism, fana’ dan nirvana. Kemudian, kaedah pengajaran pula
menumpukan perbincangan kepada perbandingan antara pelbagai bentuk mistisisme dunia.

Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman asas mengenai pengajian agama-agama masa kini. Kursus ini cuba menjelaskan kecenderungan para sarjana pengajian agama- agama iaitu ke arah memahami doktrin agama seperti yang difahami oleh penganut agama berkenaan. Topik utama ialah mengenai konsep ketuhanan, penyembahan dan kehidupan seharian seperti salam pertemuan dan perpisahan, penamaan individu dan perayaan.

Kursus ini membincangkan tentang tafsiran ayat-ayat kawniyyat mengenai alam tabii seperti langit, bumi, gunung ganang, lautan dan cakerawala yang dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran dan apa yang dijelaskan oleh Hadith Nabi s.a.w. serta pandangan- pandangan ahli tafsir dan juga ulama-ulama Islam tentang isu-isu berkaitan, dan perbandingannya dengan pandangan sains semasa.

Kursus ini bertujuan memperkenalkan disiplin dan pendekatan psikologi dalam kajian agama. Antara topik kajian ialah: hubungan antara psikologi dengan agama; sejarah pertumbuhan dan perkembangan kajian psikologi agama; faktor-faktor psikologi yang didakwa sebagai melahirkan sikap beragama individu, konsep sahsiah menurut alQur’an dan konversi agama.

Kursus ini membincangkan perkara-perkara yang menyebabkan kekeliruan dan penyelewengan dalam mentafsir al-Quran seperti penggunaan hadith-hadith mawdu, riwayat-riwayat Israilliyyat, dan tafsiran-tafsiran menyeleweng yang menggunakan metode hermeuneutik oleh golongan liberal kontemporari daripada kalangan ulama tafsir Melayu dan Arab.

Kursus ini akan membincangkan pemikiran akidah yang dominan di Nusantara. Ia akan melibatkan perbincangan fahaman Sunni seperti aliran Ashacirah dan Maturidiah. Kursus ini juga akan menyentuh kemasukan pemikiran tasawuf, aliran-aliran tasawuf dan hubungannya dengan ajaran sesat di samping kalian kalian mengenai teks-teks akidah dan tasawuf Nusantara.

Kursus ini menghuraikan secara mendalam agama Yahudi dan Kristian serta hubung kait kedua agama ini dalam tradisi Bible iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baharu. Kajian dibahagikan kepada dua zaman iaitu Yahudi bermula zaman Nabi Ibrahim sehingga zaman Nabi Musa yang meliputi sejarah bangsa Israel, ajaran Taurat dan Talmud, aliran pemikiran, hal kepercayaan, pengamalan dan kerohanian dalam agama Yahudi. Kristian dihuraikan bermula sebelum zaman Nabi Isa yang meliputi kisah Maryam, Hawariun, peranan Paul, sejarah gereja dan Bible, ajaran Injil dan Bible, aliran pemikiran, hal kepercayaan, pengamalan dan kerohanian dalam agama Kristian.

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada persekitaran ilmu Tasawuf dan amalan tarekat. Ia bertujuan memberikan penjelasan mengenai isu-isu berbangkit dengan ilmu ini. Persoalan- persoalan yang dibincangkan meliputi permasalahan sumber ilmu dan amalan tarekat, persejarahan ilmu dan amalan tarekat tasawuf, prinsip-prinsip tarekat tasawuf dan perjalanan kerohanian yang merangkumi aspek-aspek syeikh, murid, silsilah, izin, barakah dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

Kursus ini membincangkan tentang maksud dan mafhum agama dalam al-Quran dan Hadis dengan menganalisis setiap lafaz al-Din yang terdapat dalam al-Quran dan juga penggunaannya dalam hadith serta penjelasan terhadap lafaz-lafaz tersebut yang ter- dapat di dalam al-Quran dan Hadis bermula daripada agama Wathani, agama Yahudi agama Nasrani , dan agama Islam serta isu-isu yang dibangkitkan dalam al-Quran dan Hadis tentang keempat-empat agama tersebut.

Kursus ini membincangkan skop dan karakteristik Falsafah Agama, hubungan falsafah dan agama, dan perkembangan ilmu falsafah agama. Dimensi Tuhan, alam dan manusia menjadi fokus perbahasan dalam Falsafah Agama yang merangkumi hujah mempercayai kewujudan Tuhan, hujah rasional menolak kewujudan Tuhan, aliran Teisme, Deisme, Panteisme, Panenteisme dan analisis falsafah terhadap kejadian alam, konsep mukjizat, baik buruk, iman dan akal, keabadian roh, pengalaman keagamaan dan kebebasan manusia. Turut diketengahkan hujah menangkis cabaran terhadap agama dan falsafah dari Ateisme, Logikal Positivisme, Dialektikal Materialisme, Psikoanalisis, Feminisme dan sains moden.

Kursus ini membincangkan disiplin etika Greek Klasik, Kristian, Islam dan sebagainya
dengan mengetengahkan persoalan ‘kebaikan’, ‘keburukan’ dan ‘keadilan’. Falsafah
akhlak al-Kindi (m. 874M), Ibn Miskawayh (m. 1030M) dan Imam al-Ghazali (m. 1111M) turut menjadi fokus utama dalam kursus ini khususnya dalam membincangkan teknik merawat penyakit kemurungan, pendidikan akhlak serta pembangunan insan. Selain itu, beberapa isu kontemporari juga dibahaskan seperti etika dalam media sosial, politik, pentadbiran, peperangan dan Euthanasia.

Kursus ini membincangkan sudut pandangan Islam terhadap isu-isu semasa berkaitan Islam dan masyarakat Islam dalam perspektif akidah, falsafah dan sosiologi Islam. Ia juga mengetengahkan pandangan ahli-ahli pemikir Islam semasa terhadap wacana- wacana semasa termasuk hubungan antara Islam dan Barat. Kursus juga ditumpukan kepada penilaian Islam terhadap beberapa ideologi kontemporari Barat seperti materialisme, sekularisme, modernisme dan modernisme. Krisis nilai dan identiti umat Islam dalam dunia teknologi informasi dalam knowledge society, idea tentang progress dan permodenan, nature dan cabaran globalisasi, liberalisme dan ekstrimisme juga diberi penekanan.

Kursus ini bertujuan untuk membincangkan fenomena tajdid dalam perkembangan masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah SAW sehingga ke zaman pasca moden hari ini. Fenomena ini dianggap sebagai sesuatu yang tabi kerana fitrah perubahan masa yang berlaku secara dinamik. Ia juga mengkaji konsep tajdid dan juga islah yang sering digunakan secara interchangeable serta sumbernya dalam Al-Qur’an dan al-Sunnah berdasarkan pandangan para ulama’ dan intelektual Islam. Kursus ini juga melihat secara
khusus tema-tema tajdid selari dengan perubahan dan perkembangan masyarakat Islam serta usaha-usaha tajdid yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tajdid terutama pada abad ke 20 dan 21, termasuk peristiwa-peristiwa semasa yang menjadi rantaian daripada keperluan dan tuntutan masyarakat Islam terhadap tajdid yang berterusan. Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat memahami tajdid secara lebih menyeluruh dan kritis.

Kursus ini membahaskan teori tentang ilmu (falsafah ilmu) yang menekankan aspek sumber, kaedah (metode), skop, kategori dan kesahan. Ia turut mengkaji pelbagai persoalan yang dikaitkan dengan isu persepsi, maklumat dan hakikat ilmu merangkumi pandangan tokoh-tokoh falsafah Islam dan Barat. Ukuran ‘nilai’ ilmu berasaskan wahyu, akal, pancaindera, ilham dan sebagainya sebagaimana dalam aliran tradisionalisme, modenisme dan pascamodenisme turut dibincangkan.

Kursus ini mewacanakan perkembangan pemikiran falsafah dalam dunia Barat yang bermula dengan Age of Reason (abad ke-17), Age of Enlightenment (abad ke-18) dan berakhir dengan Modern Period (abad ke-19 dan 20). Kecenderungan falsafah era ini berunsur menjauhi hujah teologi, menggoncang pendekatan Scholasticism abad pertengahan terhadap falsafah, dan lebih mendukung sistem-sistem falsafah gabungan seperti falsafah dan matematik, falsafah dan sains, dan lain-lain. Kemajuan dalam bidang sains, kelahiran idea toleransi agama dan kebangkitan liberalisme falsafah telah membuka laluan kepada kemunculan falsafah politik. Tren lain yang menjadi fokus aliran falsafah era ini ialah akal sebagai nilai prima kepada masyarakat, pembebasan minda dari kejahilan dan khurafat, perjuangan kebebasan dari pengaruh teologi gereja dan campur tangan kerajaan, menyaksikan kuasa yang lebih kepada rakyat, revolusi politik dan demokrasi. Gerakan intelektual yang berkembang pada era ini ialah Rationalism, Empiricism, Idealism, Scepticism, Kantianism, Romanticism, Utilitarianism, Existentialism, Materialism, Marxism, Pragmatism, Evolutionism, Phenomenology, Humanism, Nihilism, Atheism, Positivism dan Pluralism.

Kursus ini membincangkan Falsafah Asia yang merangkumi falsafah Cina, India, Jepun, Korea dan falsafah Melayu Nusantara. Sehubungan itu kursus ini juga merangkumi perbincangan secara falsafah terhadap Buddhisme, Confucianisme, Taoisme dan Shintoisme. Kursus ini dirangka bagi mengkaji bagaimana tamadun Cina, Jepun dan Korea telah terkehadapan berdasarkan impak falasafah mereka. Fokus juga diberikan kepada kepelbagaian, asimilisasi dan sifat yang yang pragmatik dalam falsafah India dan Cina dan impak mereka ke atas falsafah kontemporari Asia. Perkembangan dan nature falsafah Melayu Nusantara turut dikaji dalam kursus ini.

Kursus ini bertujuan membincangkan tentang konsep Hak Asasi Manusia (HAM) dan persoalan berkaitan pemikiran aliran-alirannya. Ia kemudian dianalisis dari perspektif Islam terutama sekali melibatkan isu ‘kebebasan’ dalam beragama, perkahwinan, pendidikan, pekerjaan, perundangan dan politik. Dakwaan Hak Asasi Manusia sebagai satu agama baru dunia dengan doktrin-doktrinnya (Human Rightism) turut diperbahaskan berdasarkan pandangan sarjana Muslim dan Barat serta dalam konteks kebangsaan dan antarabangsa.

Kursus ini mendedahkan isu yang bersifat kontemporari dalam pemikiran Islam iaitu liberalisme dan pluralisme agama. Diskusi utamanya merangkumi persoalan pendefinisian etimologi, ciri dan kriteria, sejarah dan perkembangan, doktrin dan idea serta tokoh-tokoh utama faham liberal dan plural ini. Begitu juga pembentangan bagaimana faham ini meresap masuk dan diterima pakai oleh segelintir sarjana dan ilmuan Islam. Kursus ini juga hendaklah mengemukakan cabaran pemikiran ini dalam masyarakat dan jawapan-jawapan tuntas menurut majoriti ulama Islam bagi menolak fahaman ini.

Kursus ini bertujuan membincangkan pemikiran politik ahli-ahli falsafah terdahulu dan semasa. Kursus ini merangkumi dua bahagian iaitu pertamanya, perbincangan terhadap pemikiran ahli-ahli falsafah klasik dan kontemporari. Bahagian kedua memfokuskan kepada isu-isu semasa dalam politik dalam perpektif Islam seperti peranan perlembagaan, sistem demokrasi, kebebasan, kontrak sosial, negara Islam dan khilafah.

Kursus ini merupakan pengenalan kepada pemikiran kritis yang merupakan lanjutan dari pengajian Mantik/Logik. Subjek ini mendedahkan konsep umum pemikiran kritis yang diajar di pusat-pusat Pengajian Tinggi, merangkumi persoalan pentakrifan pemikiran kritis, teknik dan kaedah berfikir kreatif dan kritis, kesalahan dalam metode berfikir/falasi, bagaimana menyusun dan membina pemnghujahan yang baik khususnya penghujahan ringkas. Di samping itu diajarkan juga pemikiran lateral dan parallel serta vertikal, bagaimana menilai dan menghakimi sesuatu sumber maklumat secara bijak untuk menjadi panduan kepada pelajar dalam mengangani maklumat yang salah dan beberapa kritikan terhadap teknik berfikir lateral/paralel.

Kursus ini membincangkan perkembangan ilmu Antropologi dan Sosiologi Agama di Barat dan menganalisis pemikiran sarjana antropologi dan sosiologi agama Barat dari sudut tema perbincangan meliputi teori agama, sistem nilai, metodologi kajian agama dan tingkahlaku beragama masyarakat. Perbincangan juga mencakupi reaksi sarjana antropologi dan sosiologi muslim berkaitan teori agama, sikap Islam terhadap disiplin ilmu antropologi dan sosiologi serta isu-isu Islamisasi ilmu dalam konteks antropologi dan sosiologi.

Kursus ini mengkaji dan merungkai permasalahan semasa sekitar hadis yang merangkumi isu-isu kehujahan hadis, kedudukan hadis dalam syariat Islam, faktor-faktor pemalsuan hadis serta usaha pemeliharaannya, orientalis dan hadis, kekeliruan terhadap hadis, penentang hadis dari dalam dan luar Islam serta sanggahannya, salah faham terhadap kaedah memahami hadis dan mengkaji isu- isu semasa yang ditangani berdasarkan hadis.

Kursus ini membincangkan konsep rohaniyyat dan samiyyat menurut al-Quran dan Sunnah khususnya mengenai malaikat dan jin, di samping mengkaji isu-isu berkaitan keismahan malaikat, jin sebagai makhluk mukallaf dan pengaruh syaitan terhadap manusia. Selain itu turut dibincangkan pandangan ulama Kalam tentang isu yang berkaitan dengan alam barzakh, azab kubur, tanda-tanda Kiamat dan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku di alam akhirat.

Kursus ini bertujuan untuk memperkenal dan memantapkan pengetahuan pelajar mengenai perkembangan yang berlaku dalam sejarah ilmu Tasawuf. Fokus kursus ini akan tertumpu kepada penganalisisan kritis terhadap topik-topik seperti latar belakang kemunculan, perkembangan dan ciri-ciri aliran tasawuf sunni dan falsafi serta manhaj dua aliran tersebut. Perbincangan akan berdasarkan penghayatan dan penulisan para taokoh daripada dua aliran tersebut seperti al-Muhasibi, al-Junayd, al- Ghazzali, al- Bistami, al-Hallaj, Ibn `Arabi dan al-Rumi.

Kursus ini membincangkan perkembangan ilmu Antropologi dan Sosiologi Agama di Barat dan menganalisis pemikiran sarjana antropologi dan sosiologi agama Barat dari sudut tema perbincangan meliputi teori agama, sistem nilai, metodologi kajian agama dan tingkahlaku beragama masyarakat. Perbincangan juga mencakupi reaksi sarjana antropologi dan sosiologi muslim berkaitan teori agama, sikap Islam terhadap disiplin ilmu antropologi dan sosiologi serta isu- isu Islamisasi ilmu dalam konteks antropologi dan sosiologi.

Kursus ini membincangkan ajaran dalam Agama Hindu, Buddha dan Sikh. Perbincangan ini meliputi perbincangan tema ketuhanan, kemanusiaan dan alam sekitar meliputi pengasas, tradisi kebudayaan, doktrin, simbol ajaran, kitab suci dan nilai-nila agama. Kursus ini turut menganalisis perkembangan doktrin semasa dan respon ajaran dan penganut Hindu, Buddha dan Sikh terhadap isu-isu semasa seperti Pluralisme agama, toleransi agama, keharmonian agama, sensitiviti agama, epistemologi agama, autoriti agama dan kebebasan beragama serta impaknya terhadap hubungan antara agama pada masa ini.

Kursus ini membincangkan ajaran Konfusianisme dan Taoisme di China, serta ajaran Shinto di Jepun. Perbincangan meliputi perkembangan tamadun asia timur, pengasas aliran pemikiran, falsafah, tradisi agama, simbol ajaran, kitab suci, mitos, moral dan etika alam serta ritual agama. Kursus turut menghubungkaitkan signifikan ajaran Konfusianisme, Toisme dan Shinto kepada masyarakat setempat terutama dalam falsafah moral, spiritual dan ekologi. Perkembangan ajaran dan isu-isu semasa ajaran Konfusianisme, dan Toisme di Malaysia turut dibincangkan bersama.

Kursus ini membincangkan isu-isu berhubung dengan falsafah minda serta isu-isu dalam sains kognitif. Juga turut diberikan fokus terhadap sejarah falsafah minda dalam konteks falsafah Barat Moden dan falsafah Islam. Ia turutt membincangkan isu-isu berkaitan kepintaran buatan dan pendekatan aliran idealisme, materialisme dan interaksisnisme terhadap hubungan antara jasad dan minda. Kursus ini juga menganalisis kontradiksi pemikiran antara pendokong yang berpegang dengan prinsip kekalan ruh berbanding dengan pendokong yang menafikannya.

Kursus ini bertujuan untuk membincangkan konsep, teori, dasar, strategi dan objektif pembangunan menurut Islam dan Barat. Kerangka pandangan dunia Islam berkenaan pembangunan dijadikan sebagai rujukan asas dalam memahami pembangunan dalam bentuk yang lebih holistik dan tidak secara terpisah sepertimana falsafah pembangunan moden yang dibangunkan dalam kerangka pandangan dunia Barat. Kursus ini juga mendedahkan para pelajar tentang isu-isu berkaitan pembangunan seperti isu ekonomi, politik dan sosial yang saling berhubungkait di antara satu sama lain secara praktis. Ia juga menilai perbahasan tentang pembangunan lestari atau mapan (sustainable development) secara kritis.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pemikiran falsafah kontemporari atau semasa sebagai satu kesinambungan kepada era moden di Barat. Pengkajian terhadap falsafah era kontemporari ini memberi penekanan kepada tema- tema utamanya seperti post-structuralism, deconstruction, narrative paradigm atau narratology, historicism, phenomenology dan posthumanism. Keenam-enam tema ini akan dikaji secara umum berdasarkan pemikiran tokoh-tokohnya. Selain memahami tema, kursus ini juga membincangkan tentang metode dan aliran-aliran dalam falsafah era kontemporari. Kursus ini juga membincangkan kesan pemikiran falsafah kontemporari ini kepada masyarakat dunia secara umum dan khususnya masyarakat Islam masa kini.

Kursus ini bertujuan memperkenalkan konsep, dasar, strategi dan objektif pemikiran futuristik Islam berdasarkan sumber-sumber Al-Qur’an dan Sunnah. Ia juga mendedahkan perkembangan pemikiran futuristik Islam secara umum dan khusus sebagai satu disiplin ilmu yang khusus. Pemikiran tokoh-tokoh Islam berkenaan konsep masa depan, kaedah dan permasalahan dalam pengkajian moden tentang Islam dan masa depan seperti Ziauddin Sardar, Mahdi Elmandjra, Sohail Inayatullah, Sheikh Yusuf al- Qardawy, dan Tariq Ramadan akan dikaji berdasarkan analisis teks. Pelajar didedahkan dengan pengkajian perbandingan dengan Kajian Masa Depan (Futures Studies) Barat dari segi konsep, tema dan tujuan pengkajian tentang masa depan Barat yang bertolak daripada kerangka pandangan alam yang sekular. Kursus ini juga membincangkan isu- isu yang menjadi bahan analisis trend dalam membuat jangkaan-jangkaan masa depan. Pada akhirnya, kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada manfaat dan kepentingan pemikiran futuristik dalam memahami permasalahan masa kini dan membantu membina pemikiran kritis.

Kursus ini membincangkan falsafah alam dan teori etika alam sekitar (environmental ethics) dari sudut Weltanschauung Islam, sebagai respons terhadap krisis alam sekitar masa kini. Ia memfokuskan persoalan nilai instrumental dan intrinsik serta beberapa pandangan alam (worldviews) seperti antroposentrik, biosentrik, ekosentrik dan teosentrik. Kursus ini juga menganalisis secara perbandingan antara etika alam sekitar Islamiah dengan environmentalisme Barat seperti Natural Law Ethics, Virtue Ethics, Deontological Ethics dan Utilitarian Ethics.

Kursus ini mewacanakan persoalan semasa Muslim yang menyentuh isu radikalisme dan gerakan radikalisme di kalangan Muslim. Diskusi utamanya merangkumi persoalan pentakrifan radikalisme yang mempunyai hubungan dengan istilah fundamentalisme, terorisme, militanisme dan lain-lain lagi. Jadi di awalnya mendedahkan kepelbagaian dan kerencaman peristilahan di atas. Kemudiannya mengklasifikasikan ciri dan kriteria, sejarah dan perkembangan, doktrin dan idea serta individu atau gerakan radikalisme di dunia Islam. Kursus juga mengambil contoh-contoh beberapa faham radikalisme dalam masyarakat Melayu Nusantara-Asia Tenggara seperti Jamaah Islamiyyah, Abu Sayyaf dan lain- lain. Akhirnya, kursus cuba menjawab dan menolak faham dan pendekatan radikalisme sebagai bukan pendekatan arus perdana Islam dan tidak selari sifat hakiki Islam sekalipun ancaman dan cabaran pemikiran ini meresap ke dalam masyarakat Islam.

Kursus ini mewacanakan mengenai gerakan Feminisme Islam dalam konteks perkembangan gerakan feminisme global. Sejak abad ke-19, organisasi politik wanita dalam negara-negara Islam telah memberi sumbangan kepada pembentukan masyarakat sivil, kemunculan idea sosialisme dan metodologi reinterpretasi feminis terhadap al- Quran. Perbincangan kursus difokuskan kepada teori, matlamat, faktor pertumbuhan feminisme Islam, perbezaan dan persamaan antara gerakan feminisme Islam dan Barat, pembahagian jenis feminisme, strategi dan metodologi yang digunakan dalam kalangan aktivis, isu-isu utama yang diperjuangkan, pencapaian dan kegagalan gerakan feminisme, dan cabaran yang dihadapi. Kursus juga melibatkan kajian kes kontemporari di beberapa negara Islam, seperti Morocco, Iran, Turki, Tunisia, Jordan, Indonesia dan Malaysia, serta gerakan feminisme selepas Arab Spring. Pemikiran tokoh-tokoh yang dikaji ialah Lois Lamya al-Faruqi, Zainab al-Ghazali, Qasim Amin, Fatima Mernissi, Nawal El Saadawi, Amina Wadud, Leila Ahmed, Margot Badran, dan beberapa tokoh Feminis Barat yang turut dikaji secara perbandingan seperti Mary Wollstonecraft, Elizabeth Stanton, Betty Freidan, dan Simone de Beauvoir.

Kursus ini mengkaji konsep masyarakat sivil, atau juga dirujuk masyarakat madani dari perspektif Islam. Kajian ini akan mendedahkan kepentingan masyarakat sivil terhadap keutuhan gagasan dan ideal kenegaraan Islam kontemporari. Perbahasan ini meliputi penelitian tentang teori dan sejarah perkembangannya dalam sejarah ketamadunan Islam, perbandingannya dengan perspektif Barat, ciri-ciri masyarakat sivil, isu-isu masyarakat sivil masa kini serta isu dan pergerakan masyarakat sivil di dunia Islam semasa.