Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

PUSAT KAJIAN PENUAAN SIHAT & KESEJAHTERAAN [H-Care]

Pengenalan

PUSAT KAJIAN PENUAAN SIHAT DAN KESEJAHTERAAN (H-CARE) telah ditubuhkan pada tahun 2012. Pada asalnya, H-CARE merupakan Pusat Kecemerlangan yang menghimpunkan barisan ahli penyelidik multidisiplin dari pelbagai fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas penstrukturan baru, H-CARE telah disokong oleh barisan penyelidik di dalam bidang skop penyelidikan geriatrik/penuaan dan kesejahteraan untuk penuaan sihat dari Fakulti Sains Kesihatan. H-CARE mempunyai 17 barisan penyelidik dan didokong oleh 6 Kakitangan sokongan yang mempunyai visi dan misi terkehadapan dalam memastikan pencapaian hebat akan tercapai. Pencapaian gemilang H-CARE telah terbukti dengan beberapa kejayaan memperolehi geran LRGS yang berimpak tinggi iaitu LRGS TUA pada tahun 2012 dengan pembiayaan dana RM5.4 juta oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Kejayaan ini telah mewujudkan kolaborasi mantap dan unggul dalam kajian untuk memformulasi strategi global dalam menurunkan faktor risiko dementia.

Antaranya adalah kerjasama bersama dengan International Research and Network on Dementia (IRNDP), Cohort Studies of Memory in an International Consortium (COSMIC) and World Health Organisation Committee on Dementia Risk Reduction. Kini kejayaan sekali lagi terukir pada tahun 2019 dengan kerjasama penyelidkan dengan Universiti Malaya, apabila HCARE telah memperolehi dana LRGS AGELESS TRIAL berjumlah RM1.4 juta untuk projek berkaitan “Cognitive Frailty”. Projek ini telah diiktiraf untuk berdaftar di bawah projek World Wide FINGERS . Selain itu, projek SLIM SHAPE, salah satu jenama HCARE yang sangat popular dan dikenali telah dibobatkan program paling popular untuk LA 21 Perbadanan Putrajaya. HCARE juga turut berjaya menubuhkan Pusat Aktiviti Warga Emas(PAWE @ UKM) pertama dalam Univerisiti di Kolej Keris Mas, UKM Bangi yang telah diberikan dana penubuhan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Tambahan lagi, kerjasama H-CARE bersama industri turut sama memaparkan transisi kolaborasi dengan penganugerahan geran penyelidikan bagi menghasilkan kajian yang berpotensi. Penyelidik HCARE juga telah mendapat 2 geran antarabangsa pada tahun 2020 iaitu dari World Health Oganization & The Newton-Ungku Omar Fund. Projek dan program translasi dalam bidang penuaan dan kesejahteraan ini membuktikan kredibiliti mantap barisan penyelidik HCARE yang begitu komited dalam melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas seawal usia lagi. 

visi

Menjadi satu pusat kecemerlangan serantau dalam memperkasa dan melestari masyarakat ke arah penuaan sihat dan kesejahteraan melalui penyelidikan multidisiplin, translasi dan inovasi teknologi serta kerjasama pintar dengan pemegang taruh.

  1. Penyelidikan multidisiplin berfokus epidemiologi penuaan dan kesejahteraan
  2. Penyelidikan translasi dalam bidang rehabilitasi penuaan dan kesejahteraan masyarakat
  3. Memperkasa dan melestari gaya hidup sihat sepanjang hayat melalui kerjasama pintar bersama pemegang taruh
  4. INovasi peroduk, teknologi termaju serta perkhdimatan untuk peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan

Nic Penyelidikan

PENGURUSAN H-CARE

PROF MADYA DR. ARIMI FITRI MAT LUDIN

pengerusi

email: arimifitri@ukm.edu.my
Telefon: +603-9289 8043/ 7162
Fax: +603-9289 7161

DR SUMAIYAH MAT

ketua program siswazah penyelidikan (H-Care)

email: sumaiyah.mat@ukm.edu.my
Telefon: +603-9289 
Fax: +603-9289 7161

PENTADBIRAN H-CARE

PUAN SHABIRA 'INANI MD ZAINI

Pegawai Psikologi

email:shabirainani@ukm.edu.my
Telefon: +603-9289 8095

CIK TAN SHY PYNG

Pegawai Dietetik

PUAN NORHAISHAH HARUN

Pegawai Dietetik

PUAN NURUL NORFAZLINA JAIS

PegawaiDietetik

PUAN MUHAINI MAHMUD

Pegawai Dietetik

PUAN SAMIRAH TAUFIQ ABDUL WAHID

Pegawai Dietetik

PUAN FAUZIAH BAHARUM

Pegawa iDietetik

PUAN AIDA SAFRA RUSLAN

Pegawai Pemulihan Perubatan

email:aidaruslan@ukm.edu.my
Telefon: 03-92497958

ENCIK MOHD ZUL AMIN KAMARUDDIN

Pegawai Penyelidik

email:m.zulamin@ukm.edu.my
Telefon: +603-9289 7162

ENCIK MOHAMMAD SHAFIQ RAHMAT

Pegawai Penyelidik

MUHAMMAD AKMAL FARHAN AZMAN

Pegawai Sains

PUAN ASNIDA ARIFIN

Penolong Pegawai Sains

email:asnidaarifin@ukm.edu.my
Telefon: +603-9289 7929

 

PUAN SYAZWANI MASTOR

Penolong Pegawai Sains

email:syazwanimastor@ukm.edu.my
Telefon: +603-9289 8066

ANDRA NUR RUNITH AB HALIM

Setiausaha

email: andra@ukm.edu.my
Telefon: +603-9289 7162

ENCIK MUHAMAD HEDIR MUSTAFFA

Pembantu Pejabat

email:hedir@ukm.edu.my
Telefon: +603-9289 7162

Hubungi kami

hcare@ukm.edu.my

Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-Care)
Aras G, Blok J,
Fakulti Sains Kesihatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur Campus,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur

Image result for phone icon  +603-9289 7162

 +603-9289 7161