Ulangtahun ke 30 Program Dietetik

Universiti Kebangsaan Malaysia adalah universiti terulung yang menawarkan Program Dietetik di Malaysia semenjak tahun 1988. Pada tahun ini, genap ulang tahun ke-30 Program Dietetik UKM yang mana telah menghasilkan ramai graduan yang merupakan perintis kepada perkhidmatan dietetik di kebanyakan hospital di Malaysia, sama ada sektor awam atau swasta. Program Dietetik UKM juga merupakan perintis bagi program dietetik di beberapa universiti tempatan dan swasta.

Majlis Hi-Tea Alumni Dietetik UKM dianjurkan lagi pada tahun ini bagi meningkatkan jaringan di antara alumni Program Dietetik UKM dengan pihak universiti, di samping menghargai jasa semua individu yang terlibat sepanjang 30 tahun setelah program dietetik dilahirkan. Majlis ini juga befungsi sebagai platform bagi menggalakkan lagi gabungan dan kerjasama di antara universiti, fakulti dan alumni yang merupakan intipati penting ke arah kecemerlangan program-program di UKM, khususnya dalam bidang penyelidikan, sangkutan klinikal, program komuniti dan proses pengajaran serta pembelajaran.

Selain itu, perkembangan terkini dan pencapaian program Dietetik UKM dapat dikongsi bersama dengan alumni pada program ini. Pendaftaran alumni melalui Sistem Maklumat Alumni turut dilakukan pada majlis ini. Kerjasama erat yang terjalin diharapkan mampu membuka lebih peluang dan ruang untuk alumni menyumbang kembali kepada Universiti melalui program-program yang dijalankan sama ada di dalam atau luar kampus.

Tarikh              : 11 Ogos 2018 ( Sabtu)

Masa               : 2.00 pm – 5.30pm

Tempat           : Arina Skyview, Level 20, Menara Arina Uniti, No 97, Jalan Raja Muda Abdul  Aziz, Kuala Lumour 50300 Malaysia

Tema               : ‘Sky is the limit’. Berpakaian kasual dan pastel

Jumlah peserta (Sebenar) : 93 orang