BENGKEL PERMOHONAN DAN PENILAIAN GERAN PENYELIDIKAN FSK 2019

Februari 2019 – Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi FSK telah menganjurkan Bengkel Permohonan dan Penialaian Geran Penyelidikan. Bengkel 2 hari ini telah dijalankan pada 13-14 Februari 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Sains Kesihatan UKM KL. Bengkel ini bertujuan untuk membantu penyelidik FSK dalam menyediakan proposal permohonan geran penyelidikan kebangsaan mahupun antarabangsa yang berkualiti. Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Wan Zurinah Wan Ngah telah dijemput sebagai penceramah jemputan serta penilai proposal penyelidikan penyelidik dalam bengkel ini. Penyelidik dapat mempelajari tip penting dalam penyediaan proposal penyelidikan serta perkongsian pengalaman penyelidikan daripada penceramah jemputan. Bengkel ini telah dihadiri oleh penyelidik dan pelajar siswazah.