DANGEROUS DECIBELS® EDUCATOR WORKSHOP – KL 2019

Mac 2019Program Audiologi Fakulti Sains Kesihatan UKM telah menganjurkan program Dangerous Deceibels® Educator Workshop – KL 2019 pada 26-27 Mac 2019 bertempat di Klinik Audiologi & Sains Pertuturan (KASP), FSK, UKM Jalan Temerloh. Bengkel ini merupakan bengkel tahunan anjuran Program Audiologi FSK UKM sejak tahun 2017.
 

Pada penganjuran kali ini, bengkel ini telah disertai oleh 11 orang profesional dan 19 orang pelajar sekaligus menjadikan jumlah penyertaan paling ramai sejak penganjurannya. Bengkel ini turut dijayakan dengan penglibatan empat orang alumni Program Audiologi sebagai fasilitator. Di akhir bengkel, seramai 30 orang pengajar baru Dangerous Decibels® telah berjaya ditauliahkan.

Gambar sekitar program berlangsung