FUN BAKING 2019 – BERI PENGALAMAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

Mac 2019 – Komuniti Tutur , Program Sains Pertuturan, Pusat Rehabilitasi & Keperluan Khas, FSK dengan kerjasama Program Dietetik , Pusat Jagaan Sains Kesihatan, FSK serta ditaja oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia telah berjaya menganjurkan aktiviti amal Fun Baking 2019. Objektif program ini diadakan adalah  untuk memberikan peluang kepada kanak – kanak yang bermasalah pendengaran mempraktikan kemahiran mendengar dan berkomunikasi yang telah dipelajari dalam ‘bilik terapi’  kepada persekitaran luar ‘sesi terapi’.

Program ini telah memberi peluang kepada seramai 18 orang kanak – kanak bermasalah pendengaran merasai pengalaman menyediakan kek cawan pelbagai perisa dengan dibantu oleh 10 sukarelawan  pelajar Tahun 3 Sains Pertuturan dan pelajar daripada Program Dietetik bertempat di dapur Chengkeh D’Lite , FSK. Peserta juga berpeluang untuk menjual kek cawan yang disediakan kepada warga kampus. Cenderamata kepada peserta disediakan menggunakan hasil jualan sebagai kenangan. Didapati  lebih 90% responden memberikan maklumbalas yang amat positif dan memberangsangkan berkenaan program ini. Dato’ Leela , CEO Penyayang selaku penganjur bersama acara ini turut hadir bagi memeriahkan program pada sesi tengah hari. Syabas dan tahniah kepada penganjur!!

Berikut beberapa gambar di sepanjang program berlangsung. 

Lukisan yang dilukis oleh salah seorang peserta Fun Baking 2019

Lukisan yang disediakan oleh salah seorang peserta Fun Baking 2019

Ucapan pembukaan oleh Prof. Madya Dr. Rogayah A. Razak

Sukarelawan membantu pembungkusan kek cawan yang telah siap untuk dijual

 

Antara kek cawan yang telah sedia untuk dijual

 

 

 

 

 

Sukarelawan dan peserta bergambar kenangan