Tahniah: Penerima Anugerah Sukan UKM ke-29

Mac 2019 – Pelajar Porgram Sains Bioperubatan tahun 3, saudari Chee Li Ya telah menunjukkan kecemerlangan dalam sukan yang diceburinya. Kecemerlangan beliau telah diiktiraf dengan dianugerahkan Atlet Ping Pong terbaik sempena Majlis Anugerah Sukan UKM ke-29 yang diadakan di Bangi Resort Hotel pada 26 Mac 2019 yang lalu. Fakulti mengucapkan tahniah dan syabas kepada saudari Chee Li ya di atas kecemerlangan yang ditunjukkan.

#proudfsk

Saudara Chee Liya (kanan) menerima anugerah daripada YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor (Naib Canselor UKM) di Majlis Anugerah Sukan UKM ke-29