Mahasiswa FSK menabur bakti di Sekolah Kebangsaan Klebang Besar, Melaka

April 2019, Melaka– Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan (PMFSK) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Sek. Keb. Klebang Besar telah menganjurkan Program Jalinan Desa (PROJASA) pada 6-8 April yang lalu.  PROJASA merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh PMFSK bertujuan untuk memupuk semangat kemasyarakatan dan meningkatkan kemahiran komunikasi mahasiswa FSK bersama masyarakat. Program ini telah di rasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Mansor bin Sudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan mengetengahkan konsep anak angkat dan khidmat masyarakat. Program 3 hari ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya Sukaneka Santai Komuniti, Ceramah Agama oleh PU Fakhrul, Gotong-royong Perdana, Pameran & Demonstrasi FSK, dan Program Generasi Berwawasan. Diharap melalui program ini mahasiswa terlibat dapat memantapkan kemahiran sosial serta mengekalkan hubungan silaturahim bersama  keluarga angkat masing-masing.

#proudfsk
#fskdankomuniti

 

Keratan akhbar Berita Harian Online bertarikh 7 April 2019 memperkatakan aktiviti PROJASA anjuran PMFSK di SK Klebang Besar Melaka

Mahasiswa melakukan gotong-royong di Sekolah Kebangsaan Klebang Besar, Melaka

Sekitar majlis perasmian PROJASA yang dirasmikan oleh YBhg. Tn Haji Mansor Sudin – Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah