FSK Di Media: Elak Gastrik Sepanjang Ramadan

Berita Harian Sabtu 4 Mei 2019 – Prof. Dr. Suzana Shahar, Pengerusi Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-Care) dalam ruangan SIHAT memberi panduan pemakanan sihat di sepanjang bulan ramadan. Beliau juga memberikan tips serta cadangan penyediaan hidangan secara sihat semasa bersahur dan berbuka puasa. Bagi mereka yang sering mengalami gastrik di bulan ramadan digalakkan berbuka dengan kurma dan minuman panas seperti coklat atau susu sebelum mengambil makanan yang lebih berat. Elak makanan pedas, berlemak dan minuman bergas, jus dan ais bagi mengelakkan gangguan usus seperti gastrik dan sindrom radang usus. Di bawah keratan akhbar artikel untuk bacaan lanjut. Tahniah dan syabas Prof. Dr. Suzana Shahar.

#proudfsk