TAHNIAH: KEMENANGAN DR. FARAH FAUZI DI FAMELAB 2019

Dr. Nor Farah Fauzi, pensyarah Program Terapi Carakerja Fakulti Sains Kesihatan UKM telah berjaya merangkul tempat ke-3 dalam pertandingan FameLab 2019.

Syarahan pendek 3 minit beliau adalah mengenai “myokines”, sejenis kumpulan sitokin yang dirembeskan oleh tisu otot skelet, hasil daripada tindakbalas penguncupan otot apabila kita aktif melakukan pergerakan. Myokines dikaitkan dengan pelbagai kesan positif kepada tubuh dan memainkan peranan yang penting dalam senaman.

FameLab merupakan pertandingan komunikasi sains dalam subjek berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam masa tiga minit. FameLab anjuran bersama Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), British Council Malaysia dan disokong oleh kementerian Pelajaran dan EURAXESS Asean dan merupakan penganjuran kali kelima.

#proudfsk