TAHNIAH: PELANTIKAN TIMBALAN DEKAN SISWAZAH FSK

Seluruh warga Fakulti mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Prof. Dr. Ruzita Abd. Talib atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Dekan (Siswazah), FSK bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 24 April 2019 hingga 23 April 2022.

Warga FSK juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Prof. Dr. Kartini Ahmad sepanjang menyandang jawatan Timbalan Dekan (Siswazah).