PENYERAHAN ZAKAT SYARIKAT UTAS MAJU SDN BHD

24 Mei 2019, Fakulti Sains Kesihatan UKM telah menerima wang zakat daripada Syarikat Utas Maju Sdn. Bhd. sebanyak RM 10 000 sempena Majlis Iftar FSK bersama staf dan keluarga masing-masing serta pelajar B40 fakulti. Pihak Utas Maju Sdn. Bhd. telah berbesar hati menyumbangkan wang zakat tersebut untuk diagihkan kepada 56 pelajar yang terdiri daripada 50 orang pelajar asnaf serta 6 orang pelajar untuk tujuan fisabilillah. Majlis penyerahan wang zakat ini telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Adnan Bin Md Noh, Pengarah Urusan Utas Maju Sdn. Bhd. Diharap semua penerima wang zakat ini dapat memanfaatkan pemberian wang zakat yang diterima bagi tujuan pembiayaan pembelajaran mereka.
#HESAFSK