Ucapan Hari Raya 2019 Dekan FSK
Assalamualaikum warahmatullah
Setelah sebulan umat Islam menahan diri dari lapar dan dahaga disamping pekara yang membatalkan puasa, kini tibalah masa untuk menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidil Fitri. Bagi pihak pengurusan fakulti, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga FSK, UKM yang beragama Islam. Semuga Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ni disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan atas nikmat kemenangan yang diberikan. Semuga semua amalan dan ibadah kita disepanjang bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah swt. Untuk yang pulang ke kampung, saya ucapkan selamat memandu dan semuga selamat sampai ke destinasi yang dituju serta bergembira menyambut hari raya bersama keluarga tersayang. Untuk kakitangan yang bukan beragama Islam, saya ucapkan selamat bercuti dan bergembira meraikan Aidil Fitri bersama rakan yang beragama Islam.
Semuga keberkatan bulan Ramadhan terus bersama dengan kita sehingga ke Ramadhan yang berikutnya.
Ada kalanya mata silap memandang
Telinga salah mendengar
Lidah terlanjur kata
Fikiran khilaf menafsir
Hati salah menduga
Mohon maaf atas segalanya
Selamat Hari Raya
Prof Dr Bariah Mohd Ali
Dekan FSK