Pelajar Doktor Falsafah Program Sains Bioperubatan FSK penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA)

3 Julai 2019 – Pelajar Doktor Falsafah Sains Bioperubatan FSK, Nur Liyana Binti Mohammed Yusof telah dipilih sebagai penerima Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA) bagi sesi pengajian 2019/2020. Dengan tajuk penyelidikan Mechanism Underlying Protection of Hibiscus sabdariffa Polyphenols-rich Extract in Diabetic Rat: Modulation on Cardiac Function and Structural Changes di bawah seliaan Prof. Dr. Siti Balkis Budin dan penyelia bersama Dr. Satirah Zainalabidin telah berjaya menjadikan beliau salah seorang daripada 10 orang penerima BYDPA.

 

Majlis pengurnian BYDPA telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. Pihak fakulti merakamkan ucapan tahniah kepada Nur Liyana di atas kejayaan ini dan sekaligus mengharumkan nama fakulti dan universiti. Diharap kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada semua pelajar untuk lebih cemerlang

#proudfsk