Kecemerlangan Pelajar Furqan Rabbani

Tahniah dan syabas diucapkan kepada saudara Furqan Rabbani, pelajar tahun 3 Program Sains Pemakanan di atas penganugerahan sandang khalifah muda pertubuhan selat seni gayong malaysia pada 17 Ogos 2019 yang diadakan di Melaka. Beliau merupakan Pengarah Kelab Silat Seni Gayong KTSN 2018/2019, serta berjaya mendapat tempat ke-4 bagi kategori Jurus Wajib Regu Putera di kejohanan Silat Terbuka IPT & Jemputan Antarabangsa “Taming Sari 9” Mewakili UKM.

Tahniah dan syabas!

#proudfsk

Saudara Furqan Rabbani (berdiri paling kiri) ahli tertinggi Majlis  pertubuhan selat seni gayong

 Saudara Furqan Rabbani

 

 Saudara Furqan Rabbani menerima anugerah sandang khalifah muda