Klinik Terapi Carakerja, Fakulti Sains Kesihatan, UKM mula ditubuhkan pada penghujung tahun 2011 dan mula beroperasi secara rasmi pada awal tahun 2012. Tujuan penubuhan adalah bagi menyediakan fasiliti dan pusat pengajaran kepada pelajar Ijazah Sarjanamuda Terapi Carakerja, UKM mempraktik ilmu yang dipelajari bersama pelanggan. Pada masa sama, ianya turut memberi tambahan pilihan tempat kepada pelanggan bagi mendapatkan perkhidmatan Terapi Carakerja.
Klinik Terapi Carakerja menyediakan perkhidmatan yang merangkumi ujian saringan, penilaian, rawatan dan konsultasi kepada pelbagai golongan pelanggan bermula dari kanak-kanak sehingga golongan warga emas yang mempunyai masalah daripada aspek fizikal, mental, ketidakupayaan atau kecacatan samada bersifat sementara ataupun kekal. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua individu serta masyarakat umum yang dirujuk dari pelbagai profesion kesihatan.
Klinik ini juga telah dilengkapi dengan satu Bilik Integrasi Sensori, dua bilik Terapi Individu, satu bilik Snoozelen, satu bilik Perpustakaan Permainan serta satu ruang pelbagai guna. Klinik ini juga dikendalikan oleh para terapis bertauliah dari latar belakang kepakaran khusus dalam bidang Terapi Carakerja. Oleh yang demikian, kepakaran yang dimiliki ingin dikongsi bersama anda sebagai pelanggan kesayangan kami. Kami di Klinik Terapi Carakerja menyambut baik kehadiran anda. Ayuh!!!
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Klinik Terapi Carakerja FSK menawarkan perkhidmatan professional yang ditawarkan kepada masyarakat umum. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Perkhidmatan Terapi Carakerja Pediatrik
Perkhidmatan Terapi Carakerja Neuro Medical
Perkhidmatan Terapi Carakerja Geriatrik (Warga Emas)
Perkhidmatan Terapi Carakerja Ortopaedik dan Surgeri
Perkhidmatan Terapi Carakerja Penglihatan Terhad Dan Buta
Perkhidmatan Klinik
Isnin - Khamis
8.30 pagi - 1.00 petang 2.00 - 5.00 petang
Jumaat
8.30 pagi - 12.00 tengah hari 2.45 - 5.00 petang
Sabtu & Ahad
Tutup
Kenali Pegawai Pemulihan Kami
Kemudahan Klinik Terapi Carakerja FSK
Aktiviti Klinik Terapi Carakerja FSK
AKTIVITI PERSATUAN PELAJAR (COTS) BERSAMA KLIEN AUTISME
LATIHAN DALAMAN BERSAMA BRAINET STEM
AKTIVITI PELAJAR BERSAMA PESAKIT KLINIK
PENGENDALIAN PERALATAN DAPUR
LATIHAN PENJAGA MENGGUNAKAN MODUL WHO-CST (SESI VIDEO DEMONSTRASI)
Hubungi Kami
Alamat
Klinik Terapi Carakerja Fakulti Sains Kesihatan UKM Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur