Pekeliling Akademik 7/2020 – Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Progam Prasiswazah Pada Semester 1, Sesi Akademik 2020/2021
Bermula 12 Oktober 2020 kebanyakkan pelajar prasiswazah dibenarkan kembali ke kampus untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi semester 1, sesi akademik 2020/2021 secara bersemuka.
Terdapat beberapa tambahan kursus yang memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara bersemuka. Pelajar dimohon untuk membuat semakan senarai kursus yang memohon untuk dijalankan secara bersemuka. Jika nama kursus yang tidak tersenarai dalam Lampiran A kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah kekal dalam talian.
Bagi yang akan kembali ke kampus, pematuhan SOP menjadi tanggungjawab setiap pelajar. Selamat kembali ke kampus.