Borang Pencalonan Anugerah Bitara FSK 2024 (Penilaian 2022 & 2023)
Tarikh Tutup: 31 Mac 2024
Majlis Anugerah Bitara dan MyRA ini diadakan diatas dasar menghargai dan meraikan ahli fakulti yang telah menunjukkan nilai perkhidmatan berkualiti di Fakulti ini sepanjang tahun 2022 – 2023. Sebanyak 15 Anugerah bakal dipertandingkan pada majlis anugerah yang akan berlangsung pada 7 Mei 2024.
Borang Penyertaan
Anugerah Inovasi Pendidikan
Syarat Kelayakan
-
Terbuka kepada kakitangan akademik FSK yang telah atau sedang menawarkan kursus-kursus pengajian kepada pelajar atau orang awam bermula dari Sesi Pengajian 2022/2023 dan 2023/2024
-
Kursus boleh bersifat subjek yang diajar di Fakulti, UKM atau subjek bebas.
-
Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang ditetapkan dan keputusan adalah muktamad.
Anugerah Inovasi Pengurusan (Pejabat/Makmal)
Syarat Kelayakan
-
Terbuka kepada kakitangan bukan akademik FSK (individu atau kumpulan) yang telah membangunkan inovasi dalam pengurusan pejabat, pengurusan makmal atau inovasi dalam perkhidmatan makmal.
-
Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang ditetapkan dan keputusan adalah muktamad.
-
Penyertaan hendaklah melalui borang pencalonan yang telah disediakan.
Anugerah Keterlibatan Industri
Syarat Kelayakan
-
Terbuka kepada semua warga FSK sama ada secara individu atau berkumpulan;
-
Pencalonan adalah berdasarkan program keterlibatan industri yang dijalankan pada tahun 2022/2023 sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya program yang dijalankan telah dimulakan sebelum tahun 2022 dan masih berterusan ke tahun penilaian, ia boleh diambil kira.
-
Setiap penyertaan perlu disertakan dengan bahan bukti seperti keratan/salinan media cetak, rakaman, tapak web, sijil, surat dan lain -lain.
Anugerah Keterlibatan Masyarakat
Syarat Kelayakan
-
Terbuka kepada semua warga FSK sama ada secara individu atau berkumpulan;
-
Calon hendaklah mengisi borang penyertaan Anugerah Keterlibatan Masyarakat secara berasingan mengikut kategori dengan lengkap dan diperakukan oleh Pengerusi Pusat Kajian masing-masing.
-
Pencalonan adalah berdasarkan program keterlibatan industri yang dijalankan pada tahun 2022/2023 sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya program yang dijalankan telah dimulakan sebelum tahun 2022 dan masih berterusan ke tahun penilaian, ia boleh diambil kira.
-
Setiap penyertaan perlu disertakan dengan bahan bukti seperti keratan/salinan media cetak, rakaman, tapak web, sijil, surat dan lain-lain.
Anugerah Klinik Cemerlang
Syarat Kelayakan
-
Terbuka kepada kakitangan klinik di Fakulti Sains Kesihatan
-
Penyertaan hendaklah melalui borang pencalonan yang telah disediakan.