Pencalonan Anugerah Bitara UKM 2016 (Penilaian Tahun 2015)

Anugerah Bitara UKM 2016

Dimaklumkan bahawa Anugerah Bitara UKM 2016 (Penilaian Tahun 2015) adalah satu pengiktirafan dan penghargaan kepada warga UKM yang telah menunjukan kecemerlangan menyeluruh dalam semua atau sebahagian besar dari keberhasilan strategik UKM.

Semua warga UKM dan pihak Fakulti/Institut/Pusat/Jabatan/Bahagian adalah dijemput untuk mengemukakan pencalonan. Borang yang lengkap berserta dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada Urus setia Jawatankuasa Anugerah masing-masing pada atau sebelum 22 April 2016 untuk pemilihan sebelum disahkan di peringkat Jawatankuasa Induk.

Maklumat anugerah dan borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web Strategi-UKM.

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada Urus setia setiap anugerah yang terlibat atau menghubungi Urus setia Jawatankuasa Induk (Strategi-UKM) Puan Zaimi Makhtar di +603-8921 5234 atau Encik Barudin Baharin di sambungan +603-8921 4812.