Prof. Madya Dr Hidayatulfathi Othman – Ubat jentik-jentik murah, mudah cegah nyamuk aedes

dr-hida_othman-bh

Temuramah akhbar Berita Harian bersama Prof. Madya Dr. Hidayatulfathi Othman bertajuk ‘Ubat jentik-jentik murah, mudah cegah nyamuk aedes’ disiarkan pada hari Selasa 11 Oktober 2016. Ini merupakan salah satu sumbangan beliau dalam kesihatan masyarakat sebagai usaha menangani virus Zika melalui kepakarannya dalam mengawal populasi nyamuk aedes.

Prof. Madya Dr. Hidayatulfathi Othman merupakan Pensyarah Entomologi di Program Sains Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan Gunaan, FSK.