Nutrition & Dietetics Food Festival kini kembali!

img-20161113-wa0035

‘Nutrition & Dietetics Food Festival’ kini kembali!

Bersempena dengan pembukaan Chengkih D’Lite Cafe yang baru, kami, pelajar Pemakanan dan Dietetik Tahun Dua dari FSK akan mempersembahkan anda dengan hidangan menu makanan yang baru, menyegarkan lagi menyelerakan dengan kualiti masakan yang dijamin baik.

InshaAllah, anda  tidak akan kecewa dengan masakan yang bakal dihidangkan kerana ia terbaik dari kami.

Bertarikh 1 Disember 2016, jam 8 pagi hingga 3 petang, anda semua dijemput hadir untuk sama  – sama memeriahkan ‘Food Festival’ ini bersama kami!

Anda juga akan menerima secawan kopi PERCUMA dari jam 8 pagi hingga 10 pagi melalui sebarang pembelian makanan di kafe kami.

Jadi tunggu apa lagi?? Tandakan tarikh ini pada kalendar anda dan ayuh, ambil peluang keemasan ini!!

Lokasi Chengkih D’Lite Cafe:
Blok D UKMKL, Tingkat 1, berhadapan dengan surau perempuan dan berdekatan dengan TIBE.