Tahniah Profesor Dr. Poh Bee Koon dan Kumpulan Penyelidikan dari Program Sains Pemakanan, PPSJK
Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada kumpulan penyelidikan dari Program Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan yang diketuai oleh Prof Dr Poh Bee Koon kerana telah Berjaya memenangi geran penyelidikan ‘Newton-Ungku Omar Fund research grant’ bersama dengan kumpulan penyelidik dari United Kingdom – Roehampton University, Durham University & Malaysia – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Tajuk geran penyelidikan yang dimenangi adalah “Improving healthy energy balance – and obesity-related behaviours among preschoolers in Malaysia: feasibility of adapting the ToyBox-Study” yang mana projek ini akan mengambil masa selama 2 tahun bermula dari Januari 2017 hingga Disember 2018 dengan geran penyelidikan yang ditaja sepenuhnya oleh Medical Research Council (MRC) sebanyak £310,553.21.
Tahniah dan semoga terus cemerlang!