Lawatan dari Bond University, Australia ke Program Dietetik, PPSJK, FSK

Pada 23 Mac 2017 yang lalu, Program Dietetik, FSK UKM telah menerima lawatan dari Universiti Bond, Gold Coast, Australia. Delegasi tersebut terdiri daripada 12 orang pelajar dan 3 ahli akademik dari Program Sarjana Dietetik, Universiti Bond, Australia. Delegasi disambut dengan ucapan pembukaan oleh Prof. Dr. Kartini Ahmad, Timbalan Dekan Siswazah dan Hal Ehwal Antarabangsa, FSK dan Prof. Dr. Tilakavati Karupaiah, Ketua Program Dietetik, PPSJK, FSK. Selain dari lawatan, delegasi tersebut turut juga berkongsi pengalaman dari segi pengajaran dan penyelidikan antara kakitangan akademik dan pelajar pasca siswazah antara kedaua-dua universiti. Selain itu, wakil dari Persatuan Dietetik Malaysia (MDA) turut juga memperkenalkan tentang persatuan ini. Delegasi itu juga mengadakan lawatan ke makmal terapeutik penyediaan diet, Chengkih D’lite Café dan H-Care.