Hari Kerjaya FSK – GROOMING 2017

Unit Perkembangan Graduan (UPG), FSK bersama-sama dengan Studio 1310 akan menganjurkan FSK Career Grooming pada 22 April 2017. Studio 1310 merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Syarikat Bioeconomy Corporation sebagai satu medan persediaan untuk graduan dengan latarbelakang biologi untuk memberi jenama kepada diri sendiri demi tujuan kebolehpasaran. Studio 1310 akan membawa beberapa orang penceramah ke UKM bagi melakukan latihan kerjaya, Grooming untuk Kerjaya dan Penjenamaan Diri seperti bimbingan penyediaan CV secara individu, sesi pengambilan foto untuk CV dan mereka bentuk kad nama. Dalam masa yang sama, barisan alumni dari semua program FSK akan turut terlibat untuk berkongsi pengalaman bekerja bersama pelajar.

Kehadiran semua pelajar tahun akhir FSK adalah wajib. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membentuk personaliti diri demi masa depan anda!