H-Care – Malaysia Negara Tua Menjelang Tahun 2035

Satu artikel berkenaan Malaysia Negara Tua Menjelang Tahun 2035 telah diterbitkan oleh Akhbar Kosmo pada hari Rabu 9 Ogos 2017 sempena Majlis Perasmian H-Care di Dewan T1BE, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Kuala Lumpur.

Ketua Pusat Penyelidikan Rehabilitasi Komuniti dan Penuaan (H-Care), Fakulti Sains Kesihatan, UKM, Prof. Dr. Suzana Sahar berkata, Malaysia akan dinobatkan sebagai negara tua pada tahun 2035 apabila 12 peratus daripada populasi di negara ini terdiri daripada warga berusia 60 tahun ke atas.

Artikel penuh : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0809&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz4pQIbKeBA