Program Forensik, PPSDKG, UKM – Kerjasama dengan Murdoch University, Australia

Pensyarah Sains Forensik dari Universiti Murdoch, Australia, Dr Paola Magni akan mengetuai sekumpulan pelajar ke Program Sains Forensik, Pusat Pengajian Sains Diagnostik dan Kesihatan Gunaan (PPSDKG), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk kursus intensif selama dua minggu bagi meningkatkan keupayaan Australia untuk bertindak balas apabila berhadapan dengan bencana di masa hadapan.

Dr Magni berkata, inisiatif yang telah dianjurkan dengan kerjasama Ketua Program Sains Forensik, PPSDKG, UKM, Dr. Raja Muhammad Zuha Raja Kamal Bashah, mempunyai implikasi yang strategik bagi Australia dalam menghadapi situasi persekitaran global semasa seperti serangan keganasan yang semakin meningkat dan bencana alam yang melibatkan mangsa dari pelbagai bangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://media.murdoch.edu.au/forensic-science-students-learning-to-investigate-mass-disasters