Tahniah Wong Jun Wen, pelajar tahun akhir Program Sains Forensik, PPSDKG

Wong Jun Wen, pelajar tahun akhir Program Sains Forensik, PPSDKG ditawarkan kursus mempelajari Bahasa Jepun dari Ishikawa Foundation for International Exchange. Program ini ditawarkan kepada semua pelajar sekolah menengah, pelajar universiti dan golongan dewasa (di seluruh dunia) yang ingin mempelajari Bahasa Jepun dan kebudayaan masyarakat Jepun. Semua kelas diadakan di Jepun (Kanazawa 4 minggu dan Tokyo 1 minggu) bermula dari 26 Ogos – 2 Oktober 2017. Peserta-peserta juga tinggal bersama keluarga angkat di sana.

Tahniah diucapkan kerana terpilih untuk mewakili UKM dalam program ini.