Tahniah Cik Glenna Tan Jie Yee dan Cik Yaishee A/P Ravi, Pelajar Tahun 1, Program Sains Forensik, PPSDKG

Cik Glenna Tan Jie Yee and Cik Yaishee A/P Ravi, kedua-duanya pelajar Tahun Satu dari Program Sains Forensik, Pusat Pengajian Sains Diagnostik dan Kesihatan Gunaan (PPSDKG) telah mewakili pasukan Kolej Ungku Omar dalam Debat Piala Naib Canselor 2017 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada 7 – 8 Oktober 2017.

Glenna (kiri) telah dianugerahkan antara 10 pendebat terbaik. Kesemua peserta debat telah memperolehi pengetahuan dan pengalaman yang berguna semasa menyertai pertandingan ini. Pemikiran kritikal dan keupayaan melahirkan sebab yang logik juga diperlukan untuk memenangi debat ini.

Pihak fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan yang diperolehi.