Saringan Kesihatan Untuk Program Jemaah Haji Sihat

Saringan kesihatan untuk Program jemaah haji sihat di Masjid Sg. Ramal telah diadakan pada 14 Jan 2018. Program ini merupakan gabungan usaha program Sains Bioperubatan, HCare, Terapi Cara Kerja, Optometri dan Audiologi.  Sepanjang aktiviti saringan, peserta telah mendengar ceramah daripada pakar-pakar program yang terlibat. Mereka juga telah berpeluang melihat pelbagai aktiviti dan alat-alat yang digunakan oleh setiap bidang Sains Kesihatan diatas. Program ini merupakan sebahagian aktiviti yang dijalankan setiap Sabtu atau Ahad antara 13 Jan sehingga 4 Feb. Sebanyak 3 masjid telah menjayakan aktiviti ini – Masjid Sg Ramal, Masjid UPM dan Masjid Bandar Seri Putra.