Bengkel Penulisan H-Care

Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-CARE) dengan kerjasama Unit Sekolah@FSK, Fakulti Sains Kesihatan dan Young Scientists Network telah mengadakan bengkel `Rahsia Sulit`: Penulisan Maklumat Sains Secara Tepat dan Mudah pada 20 februari 2018 di Makmal Hentian Siber, UKM KL.

Seramai 32 orang peserta dari dalam dan luar UKM telah menyertai bengkel ini. Pengisian telah diberikan oleh tiga orang penceramah jemputan tentang tips dan panduan penulisan artikel di surat khabar, laman sesawang dan media sosial.