Aktiviti SDG

Program Khidmat Masyarakat Klinik Optometri Bergerak@ SMK Dato Mohd Said, Nilai
08 Januari 2023
Komuniti - SMK Dato Mohd Said, Nilai
Pemeriksaan mata percuma kepada komuniti SMK Dato Mohd Said dan seramai 200 pelajar telah diberikan intervensi selanjutnya.

Bengkel Kalibrasi & Pemeriksaan Alat Pengukuran 2023
22 & 23 Mac 2023
Malaysian Association of Clinical Biochemists
Program pengendalian kalibrasi dan pemeriksaan alat pengukuran makmal yang disertai oleh kakitangan makmal daripada KKM dan juga PTj UKM lain.





Karnival Fit & Fun 2023
27 Jan 2023
SMK Puteri Wilayah, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, KL
Menjalankan program pendidikan pemakanan kepada murid obes dan memantau perubahan berat badan dan ukurlilit pinggang mereka.

Khidmat Siswa Komuniti - Tasik Chini
28-29/01/2023
Komuniti Orang Asli - Kg Gumum, Tasik Chini, Pahang
Menjalankan Program Pendidikan Kesedaran Kanser & Pemeriksaan Mata kepada komuniti setempat





Pelancaran Buku Panduan Perkembangan Bahasa dan Pertuturan Kanak-kanak
27 Jan 2023
Harmony Five Sdn. Bhd dan 20 dB Hearing
Penghasilan Buku PanduanPerkembangan Bahasa dan Pertuturan Kanak-kanak.
https://www.ukm.my/beritaukm/fsk-lancar-buku-panduan-terapi-pertuturan-bahasa-kanak-kanak/


Program Pembangunan Sosio Ekonomi Pos Lenjang, Lipis, Pahang.
15 Julai 2022 hingga 14 Julai 2024
TNBes, Tenaga Nasional Berhad (TNB), JAKOA, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Pahang. 14 buah Kampung di Pos Lenjang
Program ini memberi manfaat kepada 4300 orang penduduk di 14 buah Kampung di Pos Lenjang dari segi peningkatan ekonomi dalam 5 teras sosio ekonomi yang merangkumi pelancongan, pertanian, perikanan, kraftangan, dan kesihatan.


Kajian Kebolehlaksanaan Pembangunan Sosio Ekonomi, Mikro Hidro Elektrik Di Pos Gob, Gua Musang, Kelantan
7 Jun 2022 hingga 31 Julai 2023
TNBes, Tenaga Nasional Berhad (TNB), JAKOA, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Pahang. 14 buah Kampung di Pos Lenjang
Kajian adalah untuk menyokong kebolaksanaan pembinaan Mini Hidro di Pos Gob. Kajian ini memfokuskan pembangunan sosio ekonomi yang meliputi Pertanian, Pendidikan, Pelancongan dan Industri Desa.





Kajian keberkesanan mainan papan terhadap pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, Sek Keb Jalan 6, Sek 16, BBB, Selangor
12 Feb 2023 30 Mei 2023
Sekolah Keb Jalan 6, Bandar Baru Bangi, Selangor
Mempromosi amalan makan sayur-sayuran, bercucuk tanam dan mengitar semula bahan terpakai dalam kalangan murid-murid sekolah Keb Jalan 6, Bandar Baru Bangi.

Kajian di kalangan petani dari kawasan tanah rancangan FELDA sekitar Selangor dan Jabatan Pertanian Kuala Selangor
April – June 2023
FELDA sekitar Selangor dan Jabatan Pertanian Selangor
Kajian dijalankan bagi menilai pengetahuan and sikap para petani terhadap penyakit kuman dari tanah, serta kami memberi kesedaran kepada para petani untuk memakai PPE yang berpatutkan untuk mengelakan daripada dijangkiti kuman

Majlis Penyampaian Penajaan Biasiswa Pacific Speech Therapy & Learning Centre
9 April 2024

Pelajar Program Terapi Cara Kerja, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Biasiswa bernilai RM42,000 setahun selama 5 tahun dengan jumlah penajaan RM154, 000.00 daripada Pacific Speech Therapy and Learning Centre Sdn. Bhd. Selain bantuan kewangan, syarikat ini menawarkan peluang pekerjaan kepada penerima biasiswa selepas tamat pengajian, memastikan mereka dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan menyumbang kepada industri terapi cara kerja.
Pautan Facebook Fakulti:
https://www.facebook.com/share/p/1JPEaff1gX/
Pautan Berita: https://dewankosmik.jendeladbp.my/2024/04/05/11571/


Majlis Penyerahan Tajaan Biasiswa Pelajar FSK oleh Pihak Industri
30 Julai 2024
Pelajar Program Optometri dan Sains Penglihatan, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd.: Menaja lima pelajar tahun akhir program Optometri dan Sains Penglihatan dengan jumlah keseluruhan RM132,000.
Hatching Group PJ Sdn. Bhd.: Menaja dua pelajar tahun akhir program Terapi Cara Kerja dengan jumlah keseluruhan RM20,000.
Pautan Facebook Fakulti:
https://www.facebook.com/share/p/15iFib6GUd/
Pautan Berita: https://dewankosmik.jendeladbp.my/2024/08/01/13158/

Program Hearing Outreach Program (HOPE) Sempena Sambutan Hari Pendengaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024
29 Februari-4 Mac 2024


Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, Sabah
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pelaksanaan saringan pendengaran bagi kanak-kanak, pemberian intervensi awal seperti alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan, dan sesi kaunseling dan pendidikan kepada ibu bapa mengenai penjagaan dan sokongan untuk kanak-kanak dengan masalah pendengaran
Pautan Berita: https://dewankosmik.jendeladbp.my/2024/03/08/11006/


Kempen Derma Darah 2024 "Be A Blood Donor Be A Hero"
21 Jun 2024
Fakulti Sains Kesihatan, UKM Kuala Lumpur
Program ini berlangsung di UKM dan melibatkan pelbagai aktiviti seperti sesi penerangan mengenai kepentingan pendermaan darah, prosedur keselamatan semasa pendermaan, serta manfaat kesihatan yang boleh diperoleh oleh penderma. Para peserta yang layak telah menderma darah di pusat yang disediakan, di mana pasukan PDN menjalankan proses pengambilan darah dengan pemantauan ketat bagi memastikan keselamatan penderma. Selain itu, peserta turut diberikan sumbangan kecil sebagai tanda penghargaan atas keprihatinan mereka dalam menyumbang kepada masyarakat
Pautan Berita:

Program Ramadan Pasti Kurus! Sihat Sepanjang Ramadhan
21 Jun 2024


Fakulti Sains Kesihatan, UKM Kuala Lumpur - Dalam talian
Program “Ramadan Pasti Kurus! Sihat Sepanjang Ramadan” yang dianjurkan oleh H-CARE UKM telah berjaya memberikan panduan praktikal dan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan pemakanan seimbang serta gaya hidup sihat semasa bulan Ramadan. Inisiatif seperti ini penting dalam memastikan masyarakat dapat menjalani ibadah puasa dengan sihat dan seimbang, serta meneruskan amalan gaya hidup sihat sepanjang tahun.
Pautan Berita:



Program Komuniti Aphasia in Malaysia Sempena Bulan Kesedaran Afasia 2024
31 Mei-28 Jun 2024
individu pesakit afasia, pasangan penjaga dan pelajar prasiswazah Terapi Pertuturan, FSK UKM.
Program kolaborasi antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan organisasi Aphasia in Malaysia telah dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai afasia serta memberikan sokongan kepada individu yang mengalaminya. Afasia adalah gangguan komunikasi yang berlaku akibat kerosakan otak, sering disebabkan oleh strok, kecederaan otak traumatik, atau kanser otak, yang mengganggu fungsi pemprosesan bahasa.
Pautan Berita:


PulihStrok DIY: Caregiver Training
6-8 Ogos 2024


pesakit strok dan penjaga
Inisiatif yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Kajian Rehabilitasi dan Keperluan Khas (iCaRehab), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM). Program ini diadakan pada 6 dan 8 Ogos 2024 di NASAM Petaling Jaya dan bertujuan untuk membantu pesakit strok dalam menjalani pemulihan yang lebih efektif di rumah.
Pautan Berita:



Paraplegia Fitness Integrated Training (PARAFiT)
20 April 2024
pesakit kecederaan saraf tunjang
inisiatif yang dirangka khas untuk membantu pesakit kecederaan saraf tunjang dalam meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kesejahteraan mereka. Program ini menekankan kepentingan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, dengan menyediakan pendekatan yang sistematik dan bersesuaian dengan keperluan individu yang mengalami kecederaan tersebut.
Pautan Berita:

Autsome Resource Bazaar (ARB) 2024
April 2024


Komuniti, individu dengan ASD serta keluarga
Inisiatif yang dianjurkan oleh Sunway Putra Mall dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pelbagai organisasi lain. Program ini bertujuan untuk menyokong komuniti yang mengalami Autism Spectrum Disorder (ASD) serta individu dengan keperluan khas lain. Dengan penyertaan institusi akademik, profesional kesihatan, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), program ini menjadi platform penting dalam memperkasakan kesedaran masyarakat mengenai ASD serta menyediakan perkhidmatan sokongan kepada individu yang terlibat.
Pautan Berita:


Program Komuniti (Penjagaan Kesihatan Pendengaran kepada Penjaga Sindrom Down)
April 2024
individu dengan Sindrom Down yang mengalami masalah pendengaran
Program komuniti bagi meningkatkan kesedaran dan memberi sokongan kepada keluarga serta pendidik individu dengan Sindrom Down.
Pautan Berita:

Program Operasi Khidmat Masyarakat Optometri Ke-31 (OPKOM-31)
28 April 2024

Komuniti Kampung Santubong Sarawak
Program komuniti yang memberikan intervensi awal dalam penjagaan kesihatan mata, terutama bagi masyarakat luar bandar yang kurang akses kepada perkhidmatan optometri.
Pautan Berita:



Program Santuni Warga Emas sempena Hari Kebangsaan 2024
31 Ogos 2024
Warga Emas Al-Bait Al-Mawaddah, Shah Alam
Inisiatif yang memberi impak besar kepada kesejahteraan warga emas. Ia bukan sahaja memberikan manfaat kesihatan secara langsung tetapi juga memupuk kesedaran dan kepedulian dalam kalangan masyarakat terhadap golongan ini.
Pautan Berita:



Webinar Dietetic 2024: Fighting Obesity - The Challenges and Outcome of Bariatric Surgery
31 Ogos 2024
ahli dietetik dari institusi awam dan swasta, pelajardietetik serta ahli profesional kesihatan.
Platform penting bagi membincangkan cabaran dan implikasi pembedahan bariatrik, dengan memberi penekanan kepada kepentingan pendekatan multidisiplin dalam rawatan obesiti. Melalui inisiatif ini, usaha berterusan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan (SDG 3) dapat diperkukuhkan, sekali gus menyumbang kepada pengurangan kadar obesiti dan penyakit berkaitan di peringkat nasional serta global.
Pautan Berita:

Program Intai Komuniti Sihat (IKS) 2024
22-23 Jun 2024


Komuniti Seksyen 7, Kota Damansara
Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesihatan dan kebersihan persekitaran. Kejayaan program ini membuktikan kepentingan kerjasama antara pelbagai pihak dalam menjayakan inisiatif kesihatan komuniti.

Kursus Sijil Profesional Medikolegal dalam Aspek Penjagaan Kesihatan
2024


profesional kesihata dan msyarakat umum
Program Sijil Profesional Medikolegal dalam Praktis Penjagaan Kesihatan yang dianjurkan oleh UKM merupakan contoh terbaik bagaimana institusi akademik boleh menyumbang kepada masyarakat melalui pendidikan berterusan. Program ini bukan sahaja meningkatkan literasi medikolegal dalam kalangan profesional kesihatan, tetapi juga membuka ruang kepada masyarakat umum untuk mendapatkan ilmu yang relevan dengan kehidupan seharian.
Pautan Berita: