Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

Borang Pencalonan Anugerah Bitara dan MyRA FSK 2025 (Penilaian 2024)

Majlis Anugerah Bitara dan MyRA ini  diadakan diatas dasar menghargai dan meraikan ahli fakulti yang telah menunjukkan nilai perkhidmatan berkualiti di Fakulti ini sepanjang tahun 2024. Sebanyak 10 Anugerah bakal dipertandingkan pada majlis anugerah yang akan berlangsung pada April 2025.

Tarikh Tutup: 25 Mac 2025

Borang Penyertaan

Anugerah Inovasi Pengurusan (Pejabat/Makmal)

Syarat Kelayakan
  • Terbuka kepada kakitangan bukan akademik FSK (individu atau kumpulan) yang telah membangunkan inovasi dalam pengurusan pejabat, pengurusan makmal atau inovasi dalam perkhidmatan makmal.
  • Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang ditetapkan dan keputusan adalah muktamad.
  • Penyertaan hendaklah melalui borang pencalonan yang telah disediakan.

Anugerah Keterlibatan Industri

Syarat Kelayakan
  • Terbuka kepada semua warga FSK sama ada secara individu atau berkumpulan;
  • Pencalonan adalah berdasarkan program keterlibatan industri yang dijalankan pada tahun 2024 sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya program yang dijalankan telah dimulakan sebelum tahun 2024 dan masih berterusan ke tahun penilaian, ia boleh diambil kira.
  • Setiap penyertaan perlu disertakan dengan bahan bukti seperti keratan/salinan media cetak, rakaman, tapak web, sijil, surat dan lain -lain.
  • Setiap aktiviti yang dicalonkan haruslah didaftarkan dalam sistem eKhidmat. Sistem ini boleh dicapai melalui laman web : https://appsmu.ukm.my/ekhidmat/.

Anugerah Keterlibatan Masyarakat

Syarat Kelayakan
  • Terbuka kepada semua warga FSK sama ada secara individu atau berkumpulan;
  • Calon hendaklah mengisi borang penyertaan Anugerah Keterlibatan Masyarakat secara berasingan mengikut kategori dengan lengkap dan diperakukan oleh Pengerusi Pusat Kajian masing-masing.
  • Pencalonan adalah berdasarkan program keterlibatan industri yang dijalankan pada tahun 2024 sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya program yang dijalankan telah dimulakan sebelum tahun 2024 dan masih berterusan ke tahun penilaian, ia boleh diambil kira.
  • Setiap penyertaan perlu disertakan dengan bahan bukti seperti keratan/salinan media cetak, rakaman, tapak web, sijil, surat dan lain-lain.

Anugerah Klinik Cemerlang

Syarat Kelayakan
  • Menunjukkan peningkatan yang besar dalam penjanaan.
  • Markah kepuasan pelanggan yang memuaskan.
  • Jumlah penerimaan teguran Opportunity For Improvement (OFI) yang kurang semasa Audit Kendiri Kitaran 2 Sesi 2023/2024

Anugerah Inovasi Pengajaran (Kategori Umum)

Syarat Kelayakan
  • Terbuka kepada kakitangan akademik FSK yang telah atau sedang menawarkan kursus-kursus pengajian kepada pelajar atau orang awam bermula dari Sesi Pengajian 2022/2023 dan 2023/2024
  • Inovasi pengajaran boleh bersifat subjek yang diajar di Fakulti, UKM atau subjek bebas atau kursus / latihan untuk orang awam.
  • Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang ditetapkan dan keputusan adalah muktamad.

Anugerah Inovasi (Kategori Pentaksiran Alternatif)

Syarat Kelayakan
  • Terbuka kepada semua kakitangan akademik FSK yang menawarkan kursus-kursus pengajian kepada pelajar bermula Sesi Pengajian 2023/2024.
  • Pemohon perlu mengemukakan satu (1) video berdurasi tidak lebih daripada tiga (3) minit yang menerangkan projek masing-masing.
  • Pemohon perlu memastikan inovasi yang disertakan adalah berkaitan dengan kaedah pentaksiran bukannya kaedah pembelajaran dan pengajaran.
  • Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang ditetapkan dan keputusan adalah muktamad.

Anugerah Inovasi Pengajaran (Kategori Pengajaran Transformatif)

Syarat Kelayakan
  • Terbuka kepada semua kakitangan akademik FSK yang menawarkan kursus-kursus pengajian kepada pelajar bermula Sesi Pengajian 2023/2024.
  • Pemohon perlu mengemukakan satu (1) video berdurasi tidak lebih daripada tiga (3) minit yang menerangkan kaedah pengajaran masing-masing.
  • Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang ditetapkan dan keputusan adalah muktamad.

Anugerah Kurikulum Program Pengajian Inovatif

Syarat Kelayakan
  • Terbuka kepada semua Program Pengajian Prasiswazah / Siswazah / Sijil Profesional / Micro-credential yang ditawarkan di FSK.
  • Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang ditetapkan dan keputusan adalah muktamad.

Anugerah Inovasi Pengajaran (Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif)

Syarat Kelayakan
  • Terbuka kepada semua kakitangan akademik FSK yang menawarkan kursus-kursus pengajian kepada pelajar bermula Sesi Pengajian 2023/2024.
  • Pemohon perlu mengemukakan satu (1) video berdurasi tidak lebih daripada tiga (3) minit yang menerangkan kaedah pengajaran masing-masing.
  • Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang ditetapkan dan keputusan adalah muktamad.

Anugerah Inovasi Pengajaran (Bukan Akademik)

Syarat Kelayakan
  • Terbuka kepada kakitangan BUKAN akademik FSK yang menjalankan aktiviti pendidikan dan pengajaran kepada pelajar dan orang awam bagi kursus-kursus pengajian yang telah ditawarkan bermula Sesi Akademik 2023/2024.