Klinik Fisioterapi
Tentang Kami
Klinik Fisioterapi (sebelum ini di kenali sebagai Klinik Terapi Fizikal) ditubuhkan di bawah Program Fisioterapi, Fakulti Sains Kesihatan sejak 2008 bagi menyahut aspirasi UKM untuk berbakti menggunakan kemahiran dan kepakaran yang ada kepada komuniti. Klinik Fisioterapi ini menawarkan pembelajaran, pengajaran dan juga perkhidmatan Fisioterapi seperti penilaian dan perawatan pelbagai kes yang memerlukan pemulihan jangka pendek atau panjang. Klinik Fisioterapi juga turut menawarkan perkhidmatan saringan dan promosi kesihatan di klinik dan komuniti. Pelanggan kami terdiri daripada individu perseorangan dan daripada kumpulan sasaran khusus, yang dirujuk dari pelbagai disiplin samada dari hospital, klinik kerajaan dan swasta. Klinik ini juga berupaya menyediakan latihan kepada prasiswazah dan pembelajaran berterusan kepada kakitangan ke arah meningkatkan tahap profesionalisma serta mengembangkan fungsi Fakulti Sains Kesihatan sebagai pusat penyelidikan.
Visi Kami
Kami berusaha memberikan perkhidmatan rehabilitasi Fisioterapi yang komprehensif dan promosi kesihatan yang berkualiti tinggi berasaskan bukti kepada masyarakat dan komuniti setempat.
Objektif Kami
- Menyediakan perkhidmatan berfokuskan pelanggan (client-focused) yang berkualiti, komprehensif dan berpiawaian tinggi dengan penekanan kepada aspek promosi, pencegahan, rawatan dan pemulihan.
- Menyediakan pendidikan kesihatan kepada pelanggan serta komuniti.
- Mempromosikan gaya hidup sihat dan cergas kepada komuniti.
- Berkerjasama dengan agensi luar dalam menyediakan pelan strategik mengikut keperluan pihak berkepentingan (stakeholder).
- Menyediakan peluang latihan kepada prasiswazah dan pembelajaran berterusan kepada kakitangan ke arah meningkatkan tahap profesionalisma.
- Membantu mengukuhkan Fakulti Sains Kesihatan khususnya dan UKM amnya sebagai pusat penyelidikan klinikal.
Rujukan pelanggan ke Klinik Terapi Fizikal
- Kami menerima pelanggan dengan rujukan daripada hospital/ klinik/ institusi kerajaan dan swasta. Kami juga mempertimbangkan kes rujukan sendiri atau tanpa temujanji.
Perkhidmatan yang ditawarkan
Klinik Fizikal Terapi FSK menawarkan perkhidmatan professional yang ditawarkan kepada masyarakat umum. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Penilaian dan perawatan rehabilitasi untuk kes
- Kecederaan sukan dan muskuloskeletal
- Kardiorespiratori
- Neurologi
- Peadiatrik
- Geriatrik
- Kesihatan wanita
- Pemulihan selepas pembedahan
- Promosi kesihatan dan kecergasan
- Ujian saringan (seperti Lung Function Test, PPE, Ujian Kekuatan Genggaman Tangan, Ujian Stamina)
- Perkhidmatan ke luar
- Servis ke rumah (perseorangan)
- Stroke Rehab,
- Post-surgeri Rehab (TKR, THR, CABG, dll)
- Geriatrik Rehab
- Pediatrik Rehab (Cerebral Palsy, Global Delay Development, Down Syndrome, Spina Bifida, dll)
- Servis ke rumah (perseorangan)
- Program Seminar
- ceramah dan demonstrasi senaman
- ergonomik dan penjagaan tulang belakang
- bengkel senaman di tempat kerja,
- Program Terapi Berkumpulan
- Program Latihan Keseimbangan dan Peningkatan Fungsi Harian
- Program Rehabilitasi Pulmonari
- Program senaman kalangan obesiti (dewasa dan kanak-kanak)
- Program terapi permainan
- Program kecergasan sukan
- Program antenatal dan postnatal
- Program Rehabilitasi Pilates
- Program Terapi Interaktif
- Program Pendidikan Kesihatan di Komuniti
- Program saringan kesihatan seperti Lung Function Test, PPE, Ujian Kekuatan Genggaman Tangan, Ujian Stamina
- Klinik Khas oleh pensyarah
Prosedur Penerimaan Rawatan di Klinik Terapi Fizikal
- Surat rujukan
- Kad pengenalan / passport
- Surat jaminan daripada majikan (Staf kerajaan / badan berkanun)
- Kad pesara
- Surat daripada sekolah (pelajar sekolah rendah dan menengah)
- Kad kebajikan (OKU)
Jadual Operasi Perkhidmatan
Isnin-Khamis
Jam: 8.00 pagi – 12.00 petang
2.00 - 4.30 petang
Jumaat
Jam: 8.00 pagi– 12.00 petang
2.45 – 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Kelepasan Am
Tutup
Kenali Pegawai Pemulihan Kami
Mahfuzah Ahmad Mokhtar
Pegawai Pemulihan Perubatan
BPT (Hons) (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Neurologi
mahfuzah_amr@yahoo.com
03-92897442/ 01120742516
Fazlina @ Asma Mohd Padzil
Pegawai Pemulihan Perubatan
BPT (Hons) (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Muskuloskeleta
03-92897442/ 01120742516
Aida Safra Ruslan
Pegawai Pemulihan Perubatan
BPT (Hons) (Malaysia), DipPT (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Rehabilitasi Sukan
aidaruslan@ukm.edu.my
03-92897442/ 01120742516
Siti Nur Akma Kamaruddin
Jurupulih Perubatan
DipPT (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Pediatrik
nurakma87@ukm.edu.my
03-92897442/ 01120742516
Mohd Fahmi bin Aluwi
Pegawai Pemulihan Perubatan
BPT (Hons) (Malaysia)
Bidang Kepakaran: MS & CR
fahmi.aluwi@ukm.edu.my
03-92897442/ 013-6192861
Muhamad Hedir Mustaffa
Pembantu Operasi Pejabat
edir_8600@yahoo.com
03-92897442
Kepakaran Kumpulan Akademik
Kemudahan Klinik Terapi Fizikal
Hubungi Kami
Klinik Fisioterapi
Program Fisioterapi,
Fakulti Sains Kesihatan, UKM
Aras G, Blok F
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
03-92497958/ 01120742516
Isnin-Jumaat: 8.30 am – 4.30 pm
Sabtu & Ahad: Tutup