Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

Tentang Kami

Klinik Audiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terletak di kompleks Klinik Audiologi & Sains Pertuturan (KASP), Jalan Temerloh, Kuala Lumpur, mula beroperasi pada tahun 1997 sebagai pusat rujukan utama bagi masalah pendengaran serta tempat latihan klinikal pelajar program Sarjanamuda Audiologi (dengan Kepujian) UKM. Klinik ini mempunyai 14 bilik ujian pendengaran serta 2 makmal yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang canggih bagi perkhidmatan penilaian dan pengurusan masalah pendengaran dan keseimbangan serta penyelidikan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah saringan, penilaian, rawatan dan konsultasi pesakit yang mempunyai masalah pendengaran, keseimbangan, tinnitus dan kecelaruan pemprosesan auditori untuk pelbagai peringkat umur, iaitu daripada bayi hingga warga emas. Klinik ini dikendalikan oleh para pegawai audiologis bertauliah dari latar belakang kepakaran khusus dalam bidang Audiologi.

Perkhidmatan yang Ditawarkan

Saringan pendengaran untuk semua peringkat umur

Ujian pendengaran diagnostik untuk semua peringkat umur

Khidmat nasihat dan pengurusan alat bantu pendengaran

Pengurusan kelayan bagi penerima implan koklea (ssebelum dan selepas pembedahan)

Pengurusan masalah keseimbangan untuk semua peringkat umur

Pengurusan masalah tinnitus untuk semua peringkat umur

Pengurusan masalah kecelaruan pemprosesan auditori untuk semua peringkat umur

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Khamis

8.00 pagi -1.00 petang

2.00 – 5.00 petang

Jumaat

8.00 pagi – 12.15 petang

2.45 – 5.00 petang

Sabtu, Ahad dan cuti umum: Tutup 

Pegawai Klinikal

Nur ‘Izzati Md Yusoff

Puan Nur ‘Izzati Md Yusoff

Pegawai Pemulihan Perubatan U44

izzatiyusoff@ukm.edu.my
+603-9289 5066

Wan Nur Hanim Mohd Yusoff

Puan Wan Nur Hanim Mohd Yusoff

Pegawai Pemulihan Perubatan U44

wnhanim@ukm.edu.my
+603-9289 5068

Mohd Khairil Azahar Jamaludin

Encik Mohd Khairil Azahar Jamaludin

Pegawai Pemulihan Perubatan U44

mka_producer2@yahoo.com
+603-9289 5063

Puan Nadiah Abd Aziz

Pegawai Pemulihan Perubatan U44

nadiah.aa@ukm.edu.my
+603-9289 5068

Puan Siti Sarah Anwar

Penolong Pegawai Perubatan

sarah@ukm.edu.my
+603-9289 5040

Apa kata mereka yang pernah mendapatkan perkhidmatan di Klinik Audiologi FSK

“Alhamdulillah, akhirnya saya lebih faham masalah yang saya hadapi. Kini saya mampu mendengar lebih baik selepas dipakaikan alat bantu pendengaran”

Mohd Yusoff

Pelanggan perkhidmatan Klinik Audiologi fsk

“Terima kasih kepada kakitangan Klinik Audiologi kerana memberi layanan yang baik kepada anak buah saya Aniq Sofia. Kakitangan di sana bijak mengawal anak-anak aktif seperti Aniq. Atas pemeriksaan pendengaran dan saranan Audiologis, kini Aniq mampu memberi respond dan bercakap dengan lebih baik

Ibu saudara Aniq Sofea Rose

Pelanggan perkhidmatan Klinik Audiologi fsk

Aktiviti di Klinik

Hubungi kami

lokasi

Klinik Audiologi & Sains Pertuturan
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
53200 Kuala Lumpur

telefon

Telefon : +603-9289 5041

waktu operasi

Isnin – Jumaat:  08:00 am – 05.00 pm

Sabtu & Jumaat: Tutup

ikuti kami