Klinik Pengimejan Diagnostik
Tentang Kami
Klinik Pengimejan Diagnostik di UKM Kampus Kuala Lumpur merupakan klinik yang bakal menawarkan pemeriksaan radiologi bagi saringan kesihatan dan mendiagnosis pesakit. Kami menawarkan perkhidmatan radiologi asas sahaja iaitu radiografi am (general x-ray), pengimejan ultrabunyi (ultrasound scan) dan penyaringan tulang (DEXA scan). Klinik Pengimejan Diagnosis masih dalam proses pembangunan dan ini memerlukan masa yang lebih panjang bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat semua pesakit.
Idea penubuhan Klinik Pengimejan Diagnostik ini dicetuskan selepas sepuluh (10) tahun beroperasi sebagai universiti pertama di Malaysia yang menawarkan Ijazah Sarjanamuda Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi. Bagi peringkat awal, Klinik Pengimejan Diagnostik akan menyediakan hanya 20% daripada keseluruhan jumlah perkhidmatan radiologi dan akan dipertingkatkan di masa hadapan bagi memenuhi keperluan pihak fakulti sendiri dan juga masyarakat.
Buat Masa ini, Klinik Pengimejan Diagnostik menyediakan perkhidmatan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP). Kami juga menawarkan perkhidmatan Pendidikan Kanser dengan kerjasama Canwell dan Cancer Care.
Pegawai dan Kakitangan Klinikal
Puan Norhafidzah binti Mohamed Sharif
Emel: norhafidzah.msharif@ukm.edu.my
No telefon: 03-92897305
SM.Peng.Diag.Rterapi (Kep.)(UKMalaysia), MSc.(UPMalaysia)
Cik Khadijah Mohamad Nassir
Puan Noraini Abdul Wahid
Cik Nurfarhana Ab Kadir
Emel: nfarhana.abkadir@ukm.edu.my
No telefon: 03-92897083
Dip.Radiography(KKM), SM.Peng.Perubatan (UiTMalaysia),
Pn Nurul Husna Nor Mohamad
Perkhidmatan yang ditawarkan
Pemeriksaan Sendiri Payudara
Pendidikan Kanser
Hubungi Kami
Klinik Pengiemjan Diagnostik dan Radioterapi.
Aras Bawah,
Blok H,
Fakulti Sains Kesihatan
Jalan raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur
Phone :
Email :
Isnis – Jumaat 09:00 – 19:00
Sabtu, Ahad dan cuti umum: Tutup