Bahagian Jaminan Kualiti FSK — Pertandingan Inovasi (KRA 4: Kakitangan Kompeten & Berinovasi)

PERTANDINGAN INOVASI FSK PUSINGAN PERTAMA

Bahagian Jaminan Kualiti FSK akan mengadakan Pertandingan Inovasi FSK 2016 bersesuaian dengan KRA 4 Kakitangan Kompeten Dan Berinovasi dalam penambahbaikan serta memupuk semangat dalam melaksanakan inovasi di tempat bertugas.

Pertandingan adalah terbuka kepada semua peringkat jawatan dan kategori yang dipertandingkan seperti berikut:

  1. Pengajaran dan Pembelajaran
  2. Perkhidmatan Makmal dan Klinik
  3. Perkeranian

Untuk makluman tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2016. Kriteria dan syarat pertandingan boleh dilihat pada borang permohonan.

Muat turun borang permohonan DI SINI.

Pertanyaan & maklumat lanjut sila hubungi Encik Zulfizham Daud di talian +603-9289 7599 atau emel zulfizham@ukm.edu.my.