Bicara Alumni FSK 2019

Februari 2019. Program Bicara Alumni FSK kali ke-2 telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Februari 2019 di Dewan Kuliah 1, UKM Kampus Kuala Lumpur. Program dimulakan dengan perkongsian oleh 2 orang pelajar FSK, iaitu saudari Farahana Mohamed (pelajar tahun 4 program Sains Bioperubatan) dan saudari Chew Jia Qi (pelajar tahun 3 program Dietetik) yang telah mengikuti program 8th Asian Youth Leaders Travel & Learning Camp di Singapura.

Seterusnya, Bicara Alumni telah disampaikan oleh En. Lee Wei Qing, iaitu alumni tersohor program Terapi Carakerja (tahun 2009). Beliau merupakan pengasas dan pengarah Pusat Rehabilitasi WELL yang kini telah mempunyai sehingga 10 cawangan di Malaysia. Perkongsian daripada beliau ternyata menyuntik semangat dan memberikan inspirasi kepada para hadirin, khususnya kepada para pelajar FSK. Program dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Asmah Hamid, Penolong Dekan Siswa & Alumni FSK dan telah disertai oleh 1003 pelajar dan juga kakitangan.

#bicaraalumniUKM
#alumniukmhebat