Crime Scene Investigation Siri 01:’Capture The Flag’

‘Petronas Capture the Flag STEM games’ telah diadakan pada 18 dan 19 November 2017 yang lalu bertempat di Petrosains- The Discovery Centre . Aktiviti yang diadakan ini adalah anjuran bersama Program Sains Forensik, PPSDKG, UKM dan mendapat penajaan dari Petronas, Malaysia melalui Petrosains. Seramai 100 orang pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) daripada 10 buah sekolah telah meneyrtai program ini. Selain itu, wakil dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan PEMANDU turut hadir bagi memeriahkan program ini.

Tahniah Program Forensik, UKM!