FSK di Media: Impian kabur bertukar terang

Harian Metro, 7 April 2019 –  Seramai 26 orang penuntut  tahun empat, Program Optometri dan Sains Penglihatan, FSK,UKM serta dua pensyarah dan tiga pengawai optometri telah menganjurkan program membantu golongan kurang berkemampuan bertempat di Pusat Transit Gelandangan, Lorong Medan Tuanku 2, Chow Kit. Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi bantuan kepada kanak-kanak gelandangan yang berdepan masalah penglihatan serta memerlukan cermin mata. Program ini telah menarik 41 orang kanak untuk menjalankan pemeriksaan mata dan mereka yang mempunyai masalah penglihatan telah diberikan cermin mata secara percuma.

Program ini telah mendapat penajaan dan kerjasama daripada beberapa organisasi. Prisma Optometri, Milliniuem Optometri dan Chaw Optometri (alumni Optometri UKM) telah menaja bingkai cermin mata  manakala kanta cermin mata disumbangkan syarikat Hoya kepada kanak-kanak yang terlibat, manakala KPJ Sentosa KL berbesar hati menyumbang alat perlindungan diri asas pelindung muka dan sarung tangan.

#proudfsk