FSK Juara National Allied Health Sciences Student Sport Event (NAHSSE)!

 

Tarikh         : 28 hingga 30 April 2017
Tempat       : UiTM cawangan Selangor Kampus Puncak Alam
Penglibatan : 1.  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2.  Universiti Teknologi Mara (UiTM)
3.  Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
4.  Universiti Putra Malaysia (UPM)
5.  Universiti Sains Malaysia (USM)
6.  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

National Allied Health Sciences Student Sport Event (NAHSSE) merupakan acara sukan tahunan yang melibatkan pelajar Fakulti Sains Kesihatan Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Kontinjen FSK UKM telah berjaya merangkul gelaran Johan keseluruhan. Daripada 17 acara yang dipertandingkan, FSK UKM berjaya mendapatkan 14 pingat iaitu 6 pingat emas, 3 pingat perak dan 5 pingat gangsa. Berikut ialah butirannya:

Ketua Kontinjen : Muhammad Fida’iy bin Nazi Nadin (Audiologi/1)
Atlet UKM           : 51 orang
Pungutan pingat : Emas (6)
1. Badminton Perseorangan Lelaki
2. Badminton Perseorangan Perempuan
3. Badminton Beregu Lelaki
4. Badminton Beregu Perempuan
5. Bola Tampar Lelaki
6. Bola Baling Lelaki

Perak (3)
1. Tenis Perempuan
2. Bola Jaring
3. Badminton Beregu Campuran

Gangsa (5)
1. Bowling
2. Bola Tampar Perempuan
3. Tenis Lelaki
4. Futsal
5. NAHSSE Run Perempuan

 

Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan semoga terus cemerlang!