Jaringan Kerjasama Penyelidikan Fakulti Sains Kesihatan, UKM dan Nagasaki University

27 Mac 2019, Nagasaki Jepun- Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara  Universiti Kebangsaan Malaysia dan Nagasaki University, Jepun. Majlis diberlangsung di School of Tropical Medicine and Global Health, Nagasaki University, Jepun. Perjanjian ini akan melibatkan penyelidikan dalam bidang kesihatan persekitaran dan kesihatan umum. Majlis disempurnakan oleh wakil UKM Prof. Dr. Bariah Mohd Ali (Dekan Fakulti Sains Kesihatan) manakala Nagasaki University oleh Prof. Dr. Moji Kazuhiko (Timbalan Dekan, School of Tropical Medicine and Global Health). Diharap dengan pemeteraian MoU ini dapat membuka lebih banyak peluang kolaborasi projek penyelidikan di antara kedua-dua universiti.

 

Wakil Nagasaki University Prof. Dr. Moji Kazuhiko (kiri) bersama wakil UKM Prof. Dr. Bariah Mohd Ali.