Jualan Cup Cakes – Fun Baking 2019 @ Komuniti TUTUR, FSK

Komuniti TUTUR , Program Sains Pertuturan, Pusat Rehabilitasi & Keperluan Khas (PRKK) , FSK , UKM & Program Dietetik , Pusat Jagaan Sains Kesihatan, FSK, UKM akan mengadakan aktiviti amal fun baking dan bake sale. Seramai 20 orang kanak – kanak bermasalah pendengaran dengan dibantu oleh 10 sukarelawan pelajar Sains Pertuturan akan berpeluang menghasilkan puluhan cup cakes di Dapur Chengkeh D’Lite , FSK. Hasil baking ini kemudiannya akan dijual kepada masyarakat kampus bertempat di ruang legar TIBE, UKM Kampus KL. Komuniti TUTUR adalah di bawah pembiayaan Yayasan Budi Penyayang Malaysia.
Maklumat Penting:
Tarikh : 29 Mac 2019
Masa: Aktiviti Fun Baking : 8:30 – 11:30 tengah hari
Aktiviti Bake Sale: 12 :00 – 2 petang.
Lokasi Bake Sale : Foyer TIBE dan Kafeteria Kampus FSK Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Aziz.
Harga Cup Cakes : Vanilla / Choc Cup Cakes : RM 3.50 ; Red Velvet RM 4.00
Mohon beramai-ramai memberikan sokongan kepada aktiviti amal ini.