Kekosongan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) 2/2020

Pelajar yang berminat dan berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) di Program Sains Forensik, CODTIS, Fakulti Sains Kesihatan, UKM.

Bidang: Analisis Kimia/Sains Forensik/Statistik Gunaan
Fakulti: Sains Kesihatan (FSK)
Kekosongan: Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)
Topik: Pembangunan Pendekatan Pemprofilan Novel dengan Teknik Kromatografi Cecair Berprestasi-Ultra (UPLC) dan Teknik Kemometrik untuk Analisis Forensik Tanah
Kelayakan: Calon mesti mempunyai latar belakang analisis kimia/sains forensik; minat yang tinggi terhadap teknik statistik multivariat
Syarat: Mendaftar sebagai pelajar Sarjana (Sepenuh masa) di FSK pada semester 2 sesi 2020-2021
Kelebihan: Elaun bulanan RM2200 diberikan selama tempoh 6 bulan.
Hubungi Dr. Lee Loong Chuen lc_lee@ukm.edu.my sekarang untuk maklumat lanjut.