Lawatan Institut Pendidikan Guru Terengganu ke Program Sains Pemakanan FSK

Oleh: Zahila & Faizah
Mac 2019 – Seramai 18 delegasi yang terdiri daripada 3 pensyarah dan 15 pelajar semester 6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak daripada IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu telah membuat lawatan ke Program Sains Pemakanan FSK di kampus Jalan Raja Muda Kuala Lumpur. Tujuan lawatan adalah untuk perkongsian ilmu dan maklumat terkini berkaitan perancangan menu sihat khas untuk kanak-kanak serta pengurusan makanan di dapur. Delegasi juga dibawa melawat ke makmal Program Sains Pemakanan bagi melihat ruangan pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan pelajar.Diharap daripada lawatan ini membuka peluang kerjasama di masa akan datang.

Delegasi IPG Terengganu bersama wakil Program Sains Pemakanan, FSK