Majlis Menandatangani LOI antara Universiti Kebangsaan Malaysia, Gardenia dan Majlis Sukan Negara.

Kuala Lumpur, 28 September 2019 – Satu majlis menandatangani LOI di antara UKM, Gardenia Baking KL Sdn. Bhd. dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah diadakan di Kompleks Sukan Negara. Kerjasama ini akan meliputi program penyelidikan, pendidikan dan pemakanan atlet. Penyelidikan ini akan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nik Shanita Safii dari Pusat Kesihatan Komuniti FSK.

Majlis menandatangani LOI ini disempurnakan oleh Prof. Dr. Siti Balkis Budin (mewakili Dekan FSK Prof. Dr. Suzana Shahar), manakala MSN dan GBKL diwakili oleh Encik Ahmad Shapawi mewakili MSN dan Pengurus Besar (Pemasaran dan Perhubungan Awam GBKL), Hazlinah Harun. Diharap kerjasama ini dapat membantu meningkatkan prestasi atlet negara untuk lebih cemerlang di peringkat antarabangsa.

Artikel penuh boleh dibaca pada pautan berikut:

Bernama: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1772717

Sinar Harian: https://www.google.com/…/www.sinarharian.c…/ampArticle/49774