Majlis Menandatangani LOI & Penyerahan Sijil Kursus NNNB2112 (Bahasa Isyarat)

MAJLIS MENANDATANGAN LOI DI ANTARA FAKULTI SAINS KESIHATAN DAN PERSEKUTUAN ORANG PEKAK MALAYSIA
DAN PENYERAHAN SIJIL TAMAT KURSUS NNBB2112 (BAHASA ISYARAT)
TARIKH: 20 NOVEMBER 2015
TEMPAT: DEWAN KOLEJ TUN SYED NASIR

Pengajaran Bahasa Isyarat Malaysia telah julung kalinya diperkenalkan di UKM, malahan di Pusat Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Kursus Bahasa Isyarat (NNBB2112) merupakan salah satu dari hanya dua kursus elektif bahasa yang di tawarkan di FSK di bawah Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi. Kursus ini telah ditawarkan mulai Semester 1, sesi akademik 2015-2016. Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan Bahasa Isyarat peringkat asas kepada para pelajar prasiswazah, seterusnya menyediakan peluang kepada pelajar untuk menggarap kemahiran berkomunikasi dengan komuniti pekak di Malaysia dengan menggunakan Bahasa Isyarat. Selain itu, para pelajar juga dapat mempraktikkan komunikasi yang unik ini semasa berjumpa kelayan di seting klinikal masing-masing. Ini turut memberi nilai tambah kepada para pelajar.

MAJLIS MENANDATANGAN LOI DI ANTARA FAKULTI SAINS KESIHATAN DAN PERSEKUTUAN ORANG PEKAK MALAYSIA DAN PENYERAHAN SIJIL TAMAT KURSUS NNBB2112 (BAHASA ISYARAT)

Satu majlis menandatangan dokumen LOI di antara Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah diadakan pada 20 November 2015. Majlis disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Dekan Prasiswaah & Alumni, FSK dan Presiden MFD. Pada majlis yang sama, MFD telah berbesar hati menyampaikan sijil tamat kursus Bahasa Isyarat peringkat asas kepada wakil-wakil pelajar. Majlis turut diserikan dengan persembahan para pelajar dengan menggunakan Bahasa Isyarat.

Album Foto